Monday, January 27, 2014

GORENG KUNYIT


(AYAM/ DAGING/ SOTONG/ UDANG DLL)

BAHAN-BAHAN
1.    Udang
2.    1 biji Bawang Besar (Hiris)
3.    3 biji Cili Merah (Hiris)
4.    Serbuk Kunyit
5.    Gula
6.    Garam
7.    Serbuk Perasa
8.    2 ulas Bawang Putih (Cincang)
9.    Minyak Masak


CARA-CARA
1.    Tumis Bawang Putih sehingga kuning.
2.   Masukan Bawang Besar dan tumis sehingga sehingga   kuning.
3.  Masukan Udang, gula, garam, serbuk perasa dan     serbuk  kunyit.
4.   Sedia untuk di hidang.






PERCIK

(AYAM/ DAGIMG/ IKAN)

BAHAN-BAHAN
1.    Bawang putih*
2.    Bawang merah*
3.    Halia*
4.    Lada Kering* ( Kalau nak)
5.    Santan
6.    Tepung beras (Sedikit sahaja)*
7.    Asam Keping
8.    Garam
9.    Serai (Titik)
10. Ayam/ ikan/ daging
·         Kisar semua bahan yang bertanda


CARA-CARA
1.   Masukan dan masak bahan yang dikisar bersama santan, asam  keping dan garam secukup rasa.
2.   Kacau sehingga kuah tersebut menjadi pekat.
3.   Panggang ayam/ ikan dan titikan kuah percik yang telah siap ke atas ayam/ ikan semasa sedang di panggang menggunakan serai yang telah di ketuk.
4.  Apabila ayam/ ikan telah masak, hidangkan dan tuangkan kuah percik di atas ayam/ ikan tersebut.

Sunday, January 26, 2014

IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL


BAHAN-BAHAN
1.    2 gengam cili kering yang telah rendam dan di toskan.
2.    5 biji bawang putih
3.    1 biji bawang besar
4.    1/4 inci belancan
5.    secubit garam
6.    Sedikit air asam jawa/ limau nipis
7.  Ikan cencaru yang telah di bersihkan dan di belah belakang  nya.


CARA-CARA
1.  Tumbuk hingga lumat kesemua bahan bahan-bahan diatas   kecuali ikan.
2.  Masukkan sedikit perahan air asam dan gaul rata.
3.  Setelah berpuas hati dengan sambal yang disediakan, masukan sambal tersebut ke dalam belahan ikan cencaru.
4.  Panggang ikan tersebut sehingga masak.
5.  Siap dan sedia untuk dihidang.

KURMA


(AYAM/ DAGING)
BAHAN-BAHAN
1.    Bawang putih*
2.    Bawang besar (Dibelah empat & dileraikan)
3.    Bawang Merah*
4.    Halia*
5.    Kentang (Dibelah-belah)
6.    Asam keping
7.    Gula Melaka
8.    Garam
9.    Santan
10. Minyak
11.  Lauk
12.  Kurma (Paste)
·     Bahan yang bertanda (*) perlu dihiris


CARA-CARA
1.   Panaskan minyak.
2.  Tumis halia, bawang putuh dan bawang merah sehingga       masak.
3.  Masukan paste kurma bersama garam, gula melaka, asam      keping dan lauk.
4. Biarkan ayam tersebut mendidih dan separuh masak    bersama paste kurma.
5. Apabila air hampir kering dan ayam separuh masak,   masukan kentang bersama santan.
6. Setelah mendidih, masukan bawang besar yang telah   dibelah. Biarkan seketika sehingga pekat dan lauk masak.
7.  Siap dan sedia untuk dihidang.

SINGGANG IKAN


BAHAN-BAHAN
1.    Lengkuas (Banyak)
2.    Halia
3.    Kunyit
4.    Lada Kering
5.    Bawang Merah (banyak)
6.    Bawang Putih (banyak)
7.    Asam Keping
8.    Garam
9.    Ajinomoto
10. Ikan
11.  Air


CARA-CARA
1. Hiris lengkuas, halia, Kunyit, lada kering, bawang merah dan bawang putih.
2. Masukan bahan yang telah dihiris dan semua bahan-bahan di atas.
3.  Biarkan ia mendidih dan ikan tersebut masak.
4.  Siap dan sedia untuk dihidang. 

SINGGANG DAGING & AYAM


(AYAM & DAGING)

BAHAN-BAHAN
1.    Lengkuas (Banyak)
2.    Halia
3.    Bawang Merah (banyak)
4.    Bawang Putih (banyak)
5.    Ketumbar (banyak)
6.    Asam Keping
7.    Garam
8.    Ajinomoto
9.    Lauk
10. Air


CARA-CARA
1.  Hiris lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih.
2.  Kisar/ tumbuk ketumbar.
3. Masukan bahan yang telah dihiris bersama ketumbar dan semua bahan-bahan di atas kecuali air
4. Biarkan bahan-bahan tersebut sebati dengan lauk untuk seketika.
5.  Masukan air dan biarkan ia mendidih dan lauk masak.
6.  Siap dan sedia untuk dihidang. 

KARI


(AYAM/ DAGING/ UDANG/ IKAN/ SOTONG DLL)

BAHAN-BAHAN
1.    Lauk
2.    Perencah Kari
3.    Bawang Merah
4.    Bawang Putih
5.    Halia
6.    Asam Keping
7.    Gula Melaka
8.    Garam
9.    Santan
10. Minyak

CARA-CARA

CARA 1
1.    Hiris bawang putih, bawang merah dan halia.
2.    Paste kan perencah kari
3.  Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris  sehingga kekuningan.
4.   Masukan paste kari, kacau dan biarkan seketika.
5. Masukan lauk dan biarkan lauk tersebut sebati dengan perencah yang telah di tumis. (Sekiranya menggunakan lauk yang mudah masak seperti sotong & udang, jangan masukan lauk terlebih dahulu. Lauk akan di masukan selepas masukan santan).
6.  Masukan santan, gula melaka, garam dan asam keping.
7.  Biar sehingga mendidih dan lauk betul-betul masak.
8.  Siap dan sedia untuk dihidang.


CARA 2
1.    Hiris bawang putih, bawang merah dan halia.
2.    Paste kan perencah kari.
3.   Masukan semua bahan yang telah dihiris bersama  perencah    kari dan semua bahan-bahan diatas termasuk lauk dan masak    sehingga mendidih serta lauk masak.
4.   Siap dan sedia untuk dihidang.