Wednesday, December 26, 2012

DULU DAN KINI B.2.8


Salam sayang semua...

Hari ini aku nak bercerita satu kisah tentang suasana dalam Apartment aku yang dulu dan sekarang.

Apa yang aku nak cakapkan di sini, aku sangat terkilan dengan penghuni B.2.8. Sesungguhnya aku amat merindui suasana suatu masa dulu.

Dulu....

Penghuni apartment ni sangat meriah dan riuh, sampaikan kami boleh menang anugerah apartment termeriah 2012. Hubungan antara penghuni sangat rapat di antara satu sama lain walaupun baru kenal, berbeza negeri, bangsa dan agama. Boleh dikatakan macam satu family yang besar. Penghuni-penghuni dari apartment lain yang datang ke sini pun terpegun dengan suasana dan hubungan diantara penghuni di apartment B.2.8.

Masa Sakura mengadakan Raya Lagi Sakura, semua penghuni B.2.8 sangat-sangat spoting, pakai baju ala-ala sama warna dan tak kisah walau ada penghuni-penghuni lain yang mengatakan kami ahli nasyid atau boria. Apa yang penting kami happy.

Kalau belajar, terutama masa jawab soalan kuiz, semua berpakat keluar bilik dan buat sama-sama. Cari jawapan bersama dan jawapan semua sama.

Yang penting, kami selalu bergurau senda dan masing-masing tak ambil hati. Kalau bising kami bising bersama-sama.

Masa nak buat jamuan ke apa ke semua sebulat suara, semua nak join, semua spoting dan yang paling penting semua happy.



Masa-masa lalu yang dirindui


Sekarang...

Semuanya telah berubah. Tapi bukan semua yang berubah hanya segelintir. Perubahan ini berlaku semenjak ada penghuni aparment B.2.8 yang bawa geng dari apartment dan kolej lain datang sini, main keluar masuk dan masa tu aku dan yang lain rasa apartment kami macam dah tak ada privacy. Yelah... dah tak ada privacy bila ada orang luar main keluar masuk sesuka hati macam apartment ni dia yang punya.

Tetamu yang datang tu pulak tidak tahu hormat penghuni apartment kami. Bila datang jer buat bising, gelak-gelak tak ingat dunia dan bercakap sesama sendiri walaupun bersebelahan tetapi bagaikan nak gaduh. Yang menyakitkan hati lagi, bila datang sini... buat macam rumah sendiri, buka laptop dan guna ruang meja makan kami kat ruang tamu sampai kami tak boleh guna internet. Yelah... pada masa tu, kalau korang nak tahu, di meja makan tu jer yang dapat line internet.

Jadi, penghuni-penghuni B.2.8 yang lain bengang dengan situasi tersebut dan kami cuba bersabar tapi tahap kesabaran kami ada had jugak. Sampailah satu hari, aku dan penghuni-penghuni yang lain sepakat nak tegur penghuni yang selalu bawa geng masuk ke apartment. Sebelum tegur, kami dah banyak kali discuss tentang cara terbaik untuk tegur mereka supaya merek tak terasa hati sebab kami berlainan bangsa. So, apa-apa pun hati kena jaga.

Jadi, pada satu malam... kami buat perjumpaan dan aku lah yang jadi ketua sebab aku yang paling tua. So, kat situ aku rasa aku dah tegur dengan cara yang baik dan semua mengiakan dan semua kata tak ada masalah dan tak ada yang tak puas hati.

Selepas adanya perjumpaan tu, perangai mereka makin menjadi-jadi dan mereka tetap sama, bawa geng datang dan bising macam biasa.

Mereka seakan-akan mencabar kesabaran aku dan penghuni yang lain. Jadi, bermula di situlah kami dah tak rapat, peramah dan meriah macam dulu. Di situ jugaklah timbul masalah sindir-menyindir tak kiralah secara depan-depan ke melalui FB ke apa ke. Di hati masing-masing hanya Tuhan jer yang tahu.

So, sekarang penghuni B.2.8 seakan-akan ada dua puak... segelintir kemesraan tu dah hilang. Kadang-kadang kalau kami buat event pun mereka tak nak join, bercakap antara satu sama lain pun macam nak tak nak.


Apa yang boleh aku katakan...  

Aku rasa terkilan sangat-sangat dengan apa yang terjadi sebab aku dah tegur baik-baik tapi mereka seakan-akan mempersendakan teguran aku.

Apa yang aku nak katakan lagi, bila kita kena tegur... terimalah teguran itu dengan positif. Jangan nak salahkan orang lain, jangan nak memberontak. Cuba renungkan apa yang kamu dah buat sampai ada yang menegur.

Kalau aku, bila dah kena tegur tu, aku malu sangat-sangat sebab rupanya aku selama ni dah buat salah dan bila dah dapat teguran tu, aku akan mintak maaf dan cuba betulkan diri.

Jangan rasa diri tu betul sangat dengan tak endahkan teguran-teguran rakan serumah. Kita semua manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan. Tapi bila orang dah tegur tu.... cubalah atasi.


Sekian.

Monday, December 24, 2012

LECTURER & TUTOR SEM 1


Salam sayang, salam rindu dan salam satu UNIMAS

Malam ini setelah penat belajar.... Otakpun nak bersosial jugakan. Jadi, aku nak bercerita serba sedikit tentang lecturer aku untuk sem 1.

Untuk pengetahuan korang, gambar-gambar Lecturer yang aku update ni semua gambar lama sebenarnya.. sebab aku tak ada gambar diorang yang terbaru. So, gambar-gambar ini jelah yang aku dapat kongsikan...

LECTURER

Dr. Wong Swee Kiong
Jawatan : Pensyarah Kanan
Pengajian dan kelayakan akademik :
Ph.D (UPM), M.Econ (UPM), B.Sc (Hons) (UPM) & Dip. in Accountancy (Politeknik, Kuching)
Bidang penyelidikan : Natural Resources and Environmental Economics

Dr. Wong merupakan pensyarah aku untuk subjek Modern Economic. Subjek ni paling penting untuk sem 1 kerana 4 kredit. Dia ni bagus kalau mengajar dan dia selalu gunakan bahasa Inggeris yang sangat Low dan bagi aku semua student boleh faham. Dia selalu tersenyum dan sepanjang kelas tu lah dia akan tersenyum. Bila dia mengajar, dia nak semua student dia faham. Selagi student tak faham selagi tu lah dia akan repeat sampai kau faham. Dia ni juga seorang yang funny dan tak borink berada dalam kelas dia sebab boleh gelak-gelak. Tapi Satu jer yang aku tak suka, dia ni kedekut untuk bagi markah... kalau kau dah bagi jawapan betul dan kat belakang jawapan tu kau bagi lagi jawapan yang dia tak mintak dalam soalan, tambah-tambah kalau jawapan yang kau bagi tu salah, automatik markah yang kau dah dapat tadi jadi ‘0’. So, be careful.


 Dr. Elena Gregoria Chai Chin Fern
Jawatan : Penyelaras Program Antropologi & Sosiologi
Pengajian dan kelayakan akademik :
PhD (Tokyo Uni Foreign Studies), M.A. (Hitotsubashi) & B.A. (Hitotsubashi)
Bidang penyelidikan : Anthropology

Dr. Elena, pensyarah untuk subjek Introduction to Social Science. Dia ni pun bagus jugak kalau mengajar, aku suka cara dia dan aku suka kelas dia. Dia ni pun akan tersenyum sepanjang kelas. Bagi aku dia ni sangatlah sporting dan cara dia mengajar kadang-kadang funny. Apa yang bagusnya tentang Dr. Elena, dia akan beli buku rujukan untuk student dia dan bagi hutang dan bayar sikit-sikit bagi student yang tak ada duit. Dalam exam pula, dia akan bagi Glosarry untuk perkataan Inggeris yang susah dan siap bagi lagi tajuk yang akan keluar exam.


 Dr Parveen Kaur ap Sarjeet Singh
Jawatan : pensyarah kanan
Pengajian dan kelayakan akademik : Ph.D (UM), M.Phil (UM) & B.A (Hons)(UM)
Bidang penyelidikan : Gender relations

Dr. Parveen sem ni hanya mengajar aku untuk kelas Soft Skill. Dia ni ok, kekadang jer tak ok, itupun kalau student tak sporting dalam kelas. Kalau kau masuk ada hal yang penting dan boleh membuatkan kau lewat masuk kelas dia, kau mesti bagitahu dia dahulu dan kau kena pastikan benda tu adalah penting. Kalau kau tak datang kelas pula dan tak nak ditulis absent silalah bawa surat rasmi. Bagi student yang kedatangan teruk, dia akan bagi fail dan tahun depan mungkin kena repeat. Kalau aku memang tak sanggup nak repeat kelas soft skill.


 Prof. Madya Dr Neilson Ilan Mersat
Jawatan : Timbalan Dekan (Pascasiswazah & Penyelidikan)
Pengajian & Kelayakan Akademik : Ph.D (ANU), M.A. (UKM) & B.A. (Hons) (UKM)
Bidang Penyelidikan : Political Science

Dr. Neilson adalah lecturer untuk subjek  Introduction to political Science. Dia ni biasa-biasa jer kalau mengajar. Muka nampak garang tapi dia ni sebenarnya tak garang dan tak funny. Kalau korang nak tahu, dia ni paling tak kedekut nak bagi markah terutama dalam assignment. Yang paling aku suka lagi, dia ni kalau bagi assignment, mesti dia lanjutkan due date untuk assignment bukan sehari dua tapi seminggu dua. Time mengajar dia sebenarnya lebih suka bercakap dalam Bahasa melayu tetapi disebabkan ada international student jadi terpaksalah dia cakap bahasa Inggeris, itupun mix dengan bahasa melayu.


 Prof. Madya Datu Sanib Said
Jawatan : Felo Penyelidik Kanan Kursi Nusantara / Pensyarah
Pengajian & Kelayakan Akademik : BA (UM), MA (UM) & PG DIMArch Adm (NSW)
Bidang Penyelidikan : History & Culture of Malay Archipelago, History of Sarawak

Prof Sanib, pensyarah untuk subjek Introduction to Malaysian Social History. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa tentang prof ni. Untuk pengetahuan korang, aku selalu tertidur dalam kelas ni. Kenapa aku tertidur??? Aku sendiri pun tak tahu nak cakap, mungkin subjek dia yang aku tak berminat ataupun mungkin cara dia mengajar yang borink. Tapi, dia kalau mengajar biasa-biasa jer dan gaya dia time mengajar tu memang kelakar tapi tak tahu kenapa mata aku berat sangat time dia mengajar. Soalan exam yang dia buat bagi aku kelakar sebab ada setengah jawapan pilihan yang memang tak logik langsung tapi soalan dia susah jugaklah. Dia ni tak garang tapi kadang-kadang ada tegasnya terutama untuk markah assignment sebab setahu aku ada student yang dia bagi ‘0’ terus untuk assignment.


 Nurul Huda bt. Marwan
Jawatan : Pensyarah
Pengajian & Kelayakan Akademik : B. Soc. Sc. (UNIMAS)
Bidang Penyelidikan : Strategic and Security Analysis

Puan Nurul Huda pula pensyarah aku untuk subjek Tamadun Islam dan Asis (TITAS). Gambar dia tu aku tak tahu yang zaman mana tapi yang pastinya sekarang dia cantik dan sangat ayu. Aku suka gaya dia. Untuk pengetahuan korang, dia ni suka bertanya mengikut warna baju terutama yang sama dengan warna baju yang dia pakai pada hari tersebut. Kalau dia tanya kepada student yang pakai baju warna biru dan jawapan yang student tu bagi salah, secara automatik semua student yang pakai baju or seluar atau apa-apa yang berwarna biru kena berdiri. Puan Nurul Huda ni tegas orangnya, pantang student maasuk lambat dan bercakap dalam kelas dia. Apa yang aku boleh katakan, sebelum masuk ke kelas dia pastikan kau dah baca tajuk yang dia akan ajar tu dan pastikan korang tak lewat. Dalam banyak-banyak warna baju dia, dia tak ada baju berwarna putih tapi jangan ingat dia tak akan soal yang berbaju putih, pasti semua akan kena. Huhuhuhu... jaga-jaga.



Tan Boon Seng
Jawatan : Pensyarah
Pengajian & Kelayakan Akademik :
M.Sc (Hons) (Speech Science) Auckland & B.Sc (Psychology) Canterbury
Bidang Penyelidikan : Speech Science, Psychology

Mr. Tang Boon seng, dia ni pula ajar subjek Contemporary Psychology. Rupa dia ni kalau sekali pandang jer nampak macam Dato’ Lim chong Wei tapi lau dua kali pandang tak sama pun. Dia ni kalau mengajar memang aku tak faham. Bahasa inggeris yang dia guna tu memang standardlah bagi aku yang tak berapa fasih dalam bahasa Inggeris ni bagi orang lain aku tak tahulah kan. Untuk pengetahuan korang, kalau dia mengajar dalam bahasa melayu, pasti korang lagi tak faham sebab dia ni sebenarnya tak pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Kalau dia cakap bahasa Melayu memang lintang pukang habis. Dia ni sporting dan baik sangat-sangat dan juga merupakan seorang yang punctual terutama dalam update markah assignment dan datang ke kelas.


 Yuen Kok Leong
Jawatan : Pensyarah
Pengajian & Kelayakan Akademik : B.Sc. (UPM) & M.Soc.Sc. (UKM)
Bidang Penyelidikan : Anthropology & Sociology Consumer Science

Mr. Yuen pula ajar subjek End User Computer. Dia ni lah lecturer yang paling handsome untuk sem 1. Korang jangan pandang gambar dia sebab itu gambar lama dia. Kelas dia ok dan aku sebenarnya suka cara dia mengajar tapi itulah aku selalu mengantuk dalam kelas dia dan aku tak tahu kenapa. Dia ni tegas dan garang jugaklah bagi aku, dia tak suka student tak bagi perhatian time dia mengajar dan main benda lain seperti Laptop. Dia sebenarnya tak suka mengajar dalam bahasa Inggeris tetapi disebabkan ada International Student, jadi terpaksalah dia guna Bahasa Inggeris itupun dia mix dengan bahasa Melayu. Kalau dia cakap bahasa Inggeris full, korang jangan bimbang sebab dia akan translate kan untuk korang.


TUTOR


 Claudia ak. Jiton
Jawatan : Tutor
Pengajian & Kelayakan Akademik : B. Soc. Sc. (UNIMAS)
Bidang Penyelidikan : Industrial Relations and Human Resources

Miss claudia, tutor untuk subjek Contemporary psychology. Aku tak tahu nak cakap apa sal dia ni. Dia ok tapi aku tak suka cara dia sebab dia selalu bagi soalan dan tak pernah bagi skema jawapan dan kalau dia baca pun sekali lalu macam tu jer dan bahasa yang dia gunakan tu memang standard. Aku memang tak faham apa yang dia ajar dan kuiz yang dia bagi pun aku tak pernah boleh jawab. Aku rasa student lain pun sama jugak bukan aku sorang.


 Siti Fateha bt. Dolhadi
Jawatan : Tutor
Pengajian & Kelayakan Akademik : B. Soc. Sc. (UNIMAS)
Bidang Penyelidikan : Transmigration Foreign Labours in Malaysia

Miss Fateha, tutor untuk subjek Modern Economics. Bahasa Inggeris yang dia gunakan tu memang aku boleh faham. Dia baik dan tak garang walaupun muka dia nampak garang. Dia selalu bagi kuiz mengejut dan kalau dia bagi tutorial, dia pasti bagi skema jawapan untuk kitorang buat rujukan.



Puan Radin Sri Nilam Baiduri Bt Pangeran Ghazali Bahaik
Jawatan : Tutor
Pengajian & Kelayakan Akademik :
International Islamic University Malaysia
Bachelor of Human Sciences (Hons), Print Media 2000 – 2004
Activities and Societies: Debate Team

University Malaysia Sarawak
Master of Social Science, Politics (International Politics) 2012 – 2014 (expected)
Research based on US presidential election via political marketing and political communication

Research Interests : International Politics, History of Social Sciences, American Studies, Political Marketing, Communication Studies, Political Philosophy, American Politics, American Culture, and Taxation Law

Puan Radin, Tutor untuk Introduction to Malaysian Social History. Tutor yang paling aku suka, suka dia, suka cara dia dan suka segalanya tentang dia. Dia selalu guna bahasa Inggeris walaupun untuk subjek Sejarah Malaysia sebab dia cakap dia tak lancar untuk cakap bahasa Melayu. Dia ni sebenarnya wartawan tapi telah berhenti sebab ikut suami dia datang Sarawak. Jadi, dia sambung belajar di UNIMAS dan dalam masa yang sama dia jadi Tutor kitorang. Dia ni kalau dah marah, baik korang dia dan jangan bercakap walau sepatah pun, kalau tak habis lah korang kena. Dia juga suka membebel tapi dia membebel benda yang betul dan sebagai peringatan untuk kitorang juga. Dia akan sedaya upaya tolong student untuk dapatkan markah dengan buat kuiz, presentation, assignment. Bagi aku dia lah tutor yang terbaik setakat setakat ni.

Ok, itu sahaja.... bye bye. See Again........