Wednesday, November 28, 2012

AKAK RINDU ADIK


Hari ini aku teringat satu kisah lama dalam hidup aku kerana hati ini terasa rindu padanya. Rindu sangat-sangat.

Cerita ini bermula dengan kedatangan Pak Cu ke rumah. Pak Cu datang menjemput aku sekeluarga datang ke rumahnya kerana dia akan mengadakan kenduri Menyambut Menantu pada 1/6 tahun bila aku langsung tak ingat sebab sekarang sepupu aku tu dah ada 2 anak dan aku pun dah tamat belajar sekolah menengah.

Sehari sebelum majlis berlangsung aku dan seluruh keluarga aku datang ke rumah Pak Cu untuk membantu apa yang boleh. Pada hari itu adik tak datang sebab adik nak ikut abah pergi kenduri rumah Pak Cik sebelah abah dan adik akan datang ke rumah Pak Cu selepas balik dari rumah Pak cik.

Sebelum penggantin tiba, adik dan abah dah sampai. Abah datang menjenguk sekejap dan abah dah nak balik sebab abah ada hal tapi adik kata dia tak nak ikut abah balik, adik nak balik dengan umi. Jadi abah tinggalkan adik dengan umi. Masa tu umi pulak sibuk dengan kerja-kerja dapur dan umi suruh aku tengok-tengokkan adik. Pada hari tu, adik asyik melintas jalan pergi beli Sausage, bukan sekali tapi berkali-kali, habis je sausage di tangan, adik mesti pergi beli lagi sampai umi aku larang sebab bahaya asyik lintas jalan. Adik ikut cakap umi dan adik cakap dia tak nak pergi beli sausage lagi, dia nak habiskan apa yang ada di tangannya dan nak balik tak nak datang lagi.

Selepas habis sausage, adik mintak kebenaran dengan umi nak pergi tengok sungai kat belakang rumah oyang, pada mulanya umi tak izinkan tapi bila umi tengok ramai yang pergi dan atuk pun pergi, jadi umi izinkan dengan berat hati.

Adik berlari dengan yang lain ke sungai dan terus terjun ke dalam sungai padahal sebelum ni adik tak pernah pun turun ke sungai tu walaupun dah banyak kali datang. Hari tu tak tahulah kenapa adik terjun ke dalam sungai, masa tu adik sorang je berada dalam sungai. Pada masa tu, aku dah berada di sana dengan sepupu-sepupu aku yang lain, orang kat tebing sungai tu memang penuh. Ada kenduri lah katakan.... aku dengan sepupu-sepupu ku yang lain asyik berborak sehingga atuk tanya aku mana adik.

Adik, kat mana... naik lah, akak dah nak balik rumah’ panggil ku tapi adik tak menyahut. Masa tu aku tengah gelak-gelak lagi dengan sepupu ku yang lain.
Sampai satu saat, atuk ku bertanya lagi, mana adik.

Adik naiklah, jangan bergurau boleh tak’ panggil ku dan aku ingat adik berada di sebelah perahu-perahu yang ada di sungai tu tapi adik tetap tak menyahut.

Adikkkkkkkk.............’

Tapi adik tetap tak menyahut, aku dah panik dan begitu juga dengan yang lain. Dua orang Sepupu aku yang lelaki dah terjun ke dalam sungai tapi diorang kata tak jumpa adik. Aku dah mula bimbang dan menangis... Tanpa berputus asa, diorang menyelam lagi dan tak lama selepas itu diorang timbul.

Dah jumpa adik kat bawah tapi tak boleh tarik naik sebab licin...’ Aku dah nak pengsan rasanya masa tu tapi aku kuatkan jugak semangat aku sebab aku nak lihat adik selamat.

Lagi seorang sepupu aku yang terjun, pada masa tu baru boleh diorang angkat adik bawa naik ke tebing.

Aku tengok mata adik terpejam rapat.. Aku menangis sekuat hati dengan memanggil nama adik.

Adik buka mata, dia pandang aku dan adik senyum pada aku. Masa tu aku rasa lega sikit sebab adik masih sedarkan diri.

Pada masa yang sama jugak tetamu yang hadir sudah siap makan dan berada di tebing tu terus mengangkat adik dan berlari bawa adik balik ke arah kereta untuk di bawa ke hospital. Pada masa tu jugak aku dengar umi menjerit dan meranung memanggil nama adik.

Sepupu aku telah menyambut adik dari tetamu tersebut dan masukkan adik ke dalam kereta dan terus ke hospital. Aku menangis tanpa henti walaupun ada yang menasihatkan aku supaya bersabar. Sebab pada masa tu aku dah tak tahu nak fikir apa dan nak buat apa. Apa yang berada dalam fikiran aku pada masa tu adalah adik, adikkkk dan adikkkkkkkkk. Hanya adikkkk....

Sepuluh minit kemudian, sepupu aku telah menelefon Mak Dek yang adik aku telah tiada, telah pergi buat selama-lamanya semasa dalam perjalanan ke hospital.

Doktor telah memeriksa mayat adik dan doktor telah mengesahkan adik meninggal bukan sebab lemas tapi ada effect buah pinggang.

Pada malam tu aku berjaga dan tak tidur sebab sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk adik dan pada malam tu juga aku baring sebelah mayat adik setelah penat mengaji hingga pagi walhal sebelum ni aku takut untuk dekati mayat.

Apa yang pasti, Wajah adik nampak berseri-seri dan bagaikan tersenyum.

Al-Fatihah untuk adik, semoga rohnya tenang di sana.

Untuk pengetahuan semua, sebelum kejadian ini berlaku... adik ada bertanyakan umi tentang kematian.

‘Umi, lau meninggal masa kecil dapat masuk syurga terus ke?’

Yer dik, lau meninggal masa belum akhil baligh lagi akan terus masuk syurga sebab  belum ada dosa’

umi, Ustazah adik ada cakap kalau anak yang meninggal yang masuk syurga nanti dia boleh tolong mak ayah dia masuk syurga bila mak ayah dah meninggal, adik rasa nak meninggal awal lah umi, adik nak meninggal masa budak-budak lagi nanti terus boleh masuk syurga dan adik boleh tolong umi dan abah untuk masuk syurga nanti’.

‘Umi, umi sedih tak kalau adik meninggal awal?’

Mestilah umi sedih, adik kan anak umi’.

Pada masa ni, aku umi dan abah tak terfikir langsung sebab adik bertanya tentang hal kematian padahal adik dah bagitahu awal-awal yang dia nak dah pergi buat selama-lamanya....

Sebelum kejadian itu juga, abah telah membeli barang-barang dapur seperti kuali besar, periuk besar, cawan, pinggan, sudu dan segala-gala barangan untuk buat kenduri tanpa sebarang sebab padahal anak perempuan abah masih sekolah rendah.

Sekarang tinggallah aku sebagai anak tunggal umi, yer begitu sunyi hidup seorang diri tanpa adik.. walaupun aku ada tiga abang sebelah abah tapi diorang semua tinggal dengan mak diorang. Adik.... akak sunyi tanpa adik.

Adik....

Sesunggunya akak amat menyayangi adik walaupun akak selalu marah, tengking dan bergaduh dengan adik. Hanya Tuhan jer yang tahu macam mana sayangnya kakak dengan adik walaupun umi selalu cakap akak tak sayang adik.

Adik...

Akak doakan adik tenang di sana, kami semua rindu adik.

Adik...

Akak, umi dan abah selalu ke kubur adik dan sedekahkan ayat-ayat suci untuk adik.

Adik...

Akak sayangggggggggggg adik sangatttttt-sanagatttttttttttttt.

Al-Fatihah buat mu adik.

Sunday, November 18, 2012

KENAPA TAK ROGOL AKU

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN,

Hari ini aku nak share Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfaat.

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam aku dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja. Kebetulan aku mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan aku agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi aku berjalan berseorangan.

Tiba-tiba aku nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Aku sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang aku boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas diriku. Aku baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar ALLAH S.W.T membantuku di saat itu.

Masa aku melepasi tempat lelaki itu bersandar, aku sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan itu selamat sampai di rumah.

Keesokkan paginya, aku terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang aku jalan semalam hanya 10 minit selepas aku melintasi lorong tersebut. Aku yakin benar lelaki kulit putih yang aku lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab aku terus ke balai polis dan buat aduan. Aku dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tetapi aku hairan kenapa lelaki tadi tak jadikan aku mangsa ketika aku melalui lorong tersebut walhal aku keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempua yang lalu selepas aku. Aku nak tahu sangat sebabnya. Jadi aku minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Aku pun tanya perogol itu :
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak walaupun awak tahu saya berseorangan jer malam tu.

Perogol itu jawab :
 “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.

Aku rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara aku malam itu, mungkin juga berkat ayat kursi yang aku baca pada malam itu.

MORAL
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang
mukmin iaitu DOA..

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. In Shaa ALLAH..

KAUM YANG DI BINASAKAN


Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang.

KAUM-KAUM YANG DI BINASAKAN :

KAUM NABI NUH
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

KAUM NABI HUD
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

KAUM NABI SALEH
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

KAUM NABI LUTH
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

KAUM NABI SYUIB
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, danal-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

FIRAUN
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

ASHAB AL-SABT
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

ASHAB AL-RASS
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

ASHAB AL-UKHDUDD
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

ASHAB AL-QARYAH
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

KAUM TUBBA
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

KAUM TABA
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).




Saturday, November 17, 2012

ROKOK MEMBUNUH


Para perokok tegar cenderung membantah pengharaman rokok. Alasannya, tak ada dalil khusus tentang merokok dalam Al Quran sebagaimana dalil tentang minuman keras dan babi yang jelas-jelas terlarang. Lagipun, bagi mereka….biarlah mereka menghabiskan duit untuk kepuasan diri sendiri dan menghilangkan tension….betul ke??? Bukankah………

1.Merokok Itu Buruk
2.Merokok Itu Membinasakan
3.Merokok Lebih Banyak Mudarat daripada Manfaat Rokok
4.Merokok Dapat Membahayakan Diri Sendiri Pembaziran
5.Merokok Adalah Pemborosan & Pembaziran !!!
6.Rokok menjejaskan akal (mental)
7.Rokok membahayakan kesihatan fizikal
8.Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
9.Rokok membahayakan keturunan
10.Rokok mengganggu manusia lain.
11.Rokok menimbulkan akhlak buruk
12.Rokok mensia-siakan waktu hidup
13.Rokok bercanggah dengan maruah ke Islaman
14.Rokok membazirkan harta (wang)
15.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafie. Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah"

Maksudnya :
Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghisap rokok, maka kata sesetengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya HARAM kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah. Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alasan alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orang ramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

Merokok Dari Pandangan Islam :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Setiap orang yang ditanya dan diminta menjawab dengan jujur tentang baik buruknya merokok, nescaya dia akan menjawab bahawa merokok itu buruk.
Para perokok juga umumnya tak ingin anaknya mengikuti jejaknya menjadi perokok. Pengilang dan pengeluar rokok pun mengakui keburukan produk mereka dengan meletakkan gambar bahaya rokok pada kemasan kotak rokok.

Semua orang, baik pembenci rokok, perokok tegar, mahupun pengusaha rokok telah sepakat mengenai keburukan rokok. Segala hal yang buruk itu diharamkan oleh Allah swt. Hal ini disebutkan dalam Al Quran Surat Al A’raf: 157. Semua yang baik itu halal. Dan semua yang buruk adalah haram.