Wednesday, November 28, 2012

AKAK RINDU ADIK


Hari ini aku teringat satu kisah lama dalam hidup aku kerana hati ini terasa rindu padanya. Rindu sangat-sangat.

Cerita ini bermula dengan kedatangan Pak Cu ke rumah. Pak Cu datang menjemput aku sekeluarga datang ke rumahnya kerana dia akan mengadakan kenduri Menyambut Menantu pada 1/6 tahun bila aku langsung tak ingat sebab sekarang sepupu aku tu dah ada 2 anak dan aku pun dah tamat belajar sekolah menengah.

Sehari sebelum majlis berlangsung aku dan seluruh keluarga aku datang ke rumah Pak Cu untuk membantu apa yang boleh. Pada hari itu adik tak datang sebab adik nak ikut abah pergi kenduri rumah Pak Cik sebelah abah dan adik akan datang ke rumah Pak Cu selepas balik dari rumah Pak cik.

Sebelum penggantin tiba, adik dan abah dah sampai. Abah datang menjenguk sekejap dan abah dah nak balik sebab abah ada hal tapi adik kata dia tak nak ikut abah balik, adik nak balik dengan umi. Jadi abah tinggalkan adik dengan umi. Masa tu umi pulak sibuk dengan kerja-kerja dapur dan umi suruh aku tengok-tengokkan adik. Pada hari tu, adik asyik melintas jalan pergi beli Sausage, bukan sekali tapi berkali-kali, habis je sausage di tangan, adik mesti pergi beli lagi sampai umi aku larang sebab bahaya asyik lintas jalan. Adik ikut cakap umi dan adik cakap dia tak nak pergi beli sausage lagi, dia nak habiskan apa yang ada di tangannya dan nak balik tak nak datang lagi.

Selepas habis sausage, adik mintak kebenaran dengan umi nak pergi tengok sungai kat belakang rumah oyang, pada mulanya umi tak izinkan tapi bila umi tengok ramai yang pergi dan atuk pun pergi, jadi umi izinkan dengan berat hati.

Adik berlari dengan yang lain ke sungai dan terus terjun ke dalam sungai padahal sebelum ni adik tak pernah pun turun ke sungai tu walaupun dah banyak kali datang. Hari tu tak tahulah kenapa adik terjun ke dalam sungai, masa tu adik sorang je berada dalam sungai. Pada masa tu, aku dah berada di sana dengan sepupu-sepupu aku yang lain, orang kat tebing sungai tu memang penuh. Ada kenduri lah katakan.... aku dengan sepupu-sepupu ku yang lain asyik berborak sehingga atuk tanya aku mana adik.

Adik, kat mana... naik lah, akak dah nak balik rumah’ panggil ku tapi adik tak menyahut. Masa tu aku tengah gelak-gelak lagi dengan sepupu ku yang lain.
Sampai satu saat, atuk ku bertanya lagi, mana adik.

Adik naiklah, jangan bergurau boleh tak’ panggil ku dan aku ingat adik berada di sebelah perahu-perahu yang ada di sungai tu tapi adik tetap tak menyahut.

Adikkkkkkkk.............’

Tapi adik tetap tak menyahut, aku dah panik dan begitu juga dengan yang lain. Dua orang Sepupu aku yang lelaki dah terjun ke dalam sungai tapi diorang kata tak jumpa adik. Aku dah mula bimbang dan menangis... Tanpa berputus asa, diorang menyelam lagi dan tak lama selepas itu diorang timbul.

Dah jumpa adik kat bawah tapi tak boleh tarik naik sebab licin...’ Aku dah nak pengsan rasanya masa tu tapi aku kuatkan jugak semangat aku sebab aku nak lihat adik selamat.

Lagi seorang sepupu aku yang terjun, pada masa tu baru boleh diorang angkat adik bawa naik ke tebing.

Aku tengok mata adik terpejam rapat.. Aku menangis sekuat hati dengan memanggil nama adik.

Adik buka mata, dia pandang aku dan adik senyum pada aku. Masa tu aku rasa lega sikit sebab adik masih sedarkan diri.

Pada masa yang sama jugak tetamu yang hadir sudah siap makan dan berada di tebing tu terus mengangkat adik dan berlari bawa adik balik ke arah kereta untuk di bawa ke hospital. Pada masa tu jugak aku dengar umi menjerit dan meranung memanggil nama adik.

Sepupu aku telah menyambut adik dari tetamu tersebut dan masukkan adik ke dalam kereta dan terus ke hospital. Aku menangis tanpa henti walaupun ada yang menasihatkan aku supaya bersabar. Sebab pada masa tu aku dah tak tahu nak fikir apa dan nak buat apa. Apa yang berada dalam fikiran aku pada masa tu adalah adik, adikkkk dan adikkkkkkkkk. Hanya adikkkk....

Sepuluh minit kemudian, sepupu aku telah menelefon Mak Dek yang adik aku telah tiada, telah pergi buat selama-lamanya semasa dalam perjalanan ke hospital.

Doktor telah memeriksa mayat adik dan doktor telah mengesahkan adik meninggal bukan sebab lemas tapi ada effect buah pinggang.

Pada malam tu aku berjaga dan tak tidur sebab sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk adik dan pada malam tu juga aku baring sebelah mayat adik setelah penat mengaji hingga pagi walhal sebelum ni aku takut untuk dekati mayat.

Apa yang pasti, Wajah adik nampak berseri-seri dan bagaikan tersenyum.

Al-Fatihah untuk adik, semoga rohnya tenang di sana.

Untuk pengetahuan semua, sebelum kejadian ini berlaku... adik ada bertanyakan umi tentang kematian.

‘Umi, lau meninggal masa kecil dapat masuk syurga terus ke?’

Yer dik, lau meninggal masa belum akhil baligh lagi akan terus masuk syurga sebab  belum ada dosa’

umi, Ustazah adik ada cakap kalau anak yang meninggal yang masuk syurga nanti dia boleh tolong mak ayah dia masuk syurga bila mak ayah dah meninggal, adik rasa nak meninggal awal lah umi, adik nak meninggal masa budak-budak lagi nanti terus boleh masuk syurga dan adik boleh tolong umi dan abah untuk masuk syurga nanti’.

‘Umi, umi sedih tak kalau adik meninggal awal?’

Mestilah umi sedih, adik kan anak umi’.

Pada masa ni, aku umi dan abah tak terfikir langsung sebab adik bertanya tentang hal kematian padahal adik dah bagitahu awal-awal yang dia nak dah pergi buat selama-lamanya....

Sebelum kejadian itu juga, abah telah membeli barang-barang dapur seperti kuali besar, periuk besar, cawan, pinggan, sudu dan segala-gala barangan untuk buat kenduri tanpa sebarang sebab padahal anak perempuan abah masih sekolah rendah.

Sekarang tinggallah aku sebagai anak tunggal umi, yer begitu sunyi hidup seorang diri tanpa adik.. walaupun aku ada tiga abang sebelah abah tapi diorang semua tinggal dengan mak diorang. Adik.... akak sunyi tanpa adik.

Adik....

Sesunggunya akak amat menyayangi adik walaupun akak selalu marah, tengking dan bergaduh dengan adik. Hanya Tuhan jer yang tahu macam mana sayangnya kakak dengan adik walaupun umi selalu cakap akak tak sayang adik.

Adik...

Akak doakan adik tenang di sana, kami semua rindu adik.

Adik...

Akak, umi dan abah selalu ke kubur adik dan sedekahkan ayat-ayat suci untuk adik.

Adik...

Akak sayangggggggggggg adik sangatttttt-sanagatttttttttttttt.

Al-Fatihah buat mu adik.

No comments: