Saturday, November 3, 2012

VERTIGO


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan....
Hari ini aku ingin bercerita tentang sejenis penyakit yang dikenali sebagai Vertigo.

Pernah tak korang dengar tentang penyakit Vertigo?
Untuk pengetahuan korang, Vertigo sebenarnya sejenis penyakit pening kepala. Pening kepala yang dialami bukan pening kepala yang biasa sebab Vertigo ni akan mengganggu keseimbangan korang. Vertigo menyebabkan korang rasa seakan-akan sedang berputar seperti korang baru kali pertama menaiki roller coaster.

Pengalaman aku menghidap penyakit Vertigo!!!!!
Aku menghidap Vertigo buat pertama kalinya semasa aku masih sekolah menengah. Untuk pengetahuan korang, Vertigo ni bukan datang sehari dua tetapi makan masa. First aku menghidap Vertigo makan masa sebulan. Masa tu aku betul-betul menderita dan teramat serabut kerana Vertigo ni akan mengganggu aktiviti seharian aku. Apa-apa pun aku tak boleh buat pada masa tu sebab aku dah hilang keseimbangan. Aku rasa terganggu dan serabut sebab masa aku hidap vertigo tu aku boleh dengar bunyi degupan jantung dengan kuat. Aku rasa lebih tertekan bila aku dengar apa yang orang cakap tapi benda tu lambat sampai ke otak aku, seolah-olah aku just dengar tapi tak tahu apa-apa yang dicakapkan. Mata aku pun turut bermasalah sebab pandangan aku masa tu dah jadi kabur, bila pandang sesuatu aku nampak ada dua, seolah-olah berbayang, mata aku juga akan sentiasa berair. Pada masa tu jangan harap nak tengok TV. Vertigo ni bukan sahaja datang dalam jangka masa yang lama tapi berulang kali. Setakat ni aku dah 4 kali kena vertigo, paling sekejap seminggu dan Paling lama aku kena sebulan. Apa yang boleh aku katakan, Vertigo ni amat menyeksakan dari sakit gigi.

Aku ada info sikit tentang Vertigo, senang-senang korang bacalah!!!!

Penyebab
·       Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
·       Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan
·       Mastoiditis (radangan pada mastoid)
·       Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis), Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah)

Tanda & Gejala
  • Perasaan persekitaran berpusing atau bergerak (vertigo)
  • Hilang keseimbangan
  • Loya
  • Tidak stabil
  • Sakit kepala sedikit
  • Pitam
  • Lemah
  • Letih lesu
  • Sukar memberi tumpuan
  • Pandangan kabur selepas menggerakkan kepala dengan cepat
  • pergerakan ritma mata yang abnormal (nistagmus)
  • Perasaan penuh dalam telinga, berdengung atau berdesing dalam telinga dan kadang kala hilang pendengaran


Komplikasi
  • Sakit kepala bertambah
  • Pandangan kabur
  • Hilang pendengaran
  • Gangguan pertuturan
  • Lemah pada kaki dan tangan
  • Hilang tahap kesedaran
  • Jatuh atau sukar berjalan
  • Kebas atau rasa menyucuk
  • Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat
  • Sensitif terhadap cahaya dan bunyi
  • Hilang keseimbangan
  • kehilangan konsentrasi


No comments: