Thursday, November 1, 2012

CINTA PLATONIK


Menurut Wikipedia Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.

Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.

Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.

Pernah tak korang mengalaminya?

Seiklas hati aku katakan yang aku sedang mengalami situasi tersebut. Bagi aku cinta platonik ni sangat selesa dan membahagiakan aku kerana hubungan yang terjalin tidak rumit seperti hubungan cinta. Dalam cinta plaktonik, tak ada rasa cemburu, iri hati, dan bila bercakap aku tak perlu berlapik, cakap je apa yang aku nak cakap, dia juga begitu. Kalau dengan BF bukan sengaja nak berlapik tapi terpaksa berlapik sebab kalau cakap tak berlapik kena marah, kebebasan untuk jadi diri sendiri telah disekat.

Tentang aku dan dia..

Aku..
Aku tak tahu nak cakap apa tentang diri sendiri tapi ramai orang yang mengenali aku tidak kira perempuan atau wanita, muda atau tua, semua mengatakan yang aku ni seorang yang garang. Betul atau tidak aku sendiri xpasti sebab kita mana boleh tafsir diri sendiri. Apa yang boleh aku katakan, aku cuma seorang gadis biasa tidak punya apa-apa kelebihan.

Dia..
Dia lelaki biasa, tak garang bagi pendapat aku dan berumur sedikit daripada aku. Bagi aku dia ni mempunyai daya tarikan tersendiri tapi aku sendiri pun xpasti kat mana yang menariknya tapi hati aku mengatakan dia seorang yang menarik.

Aku dan dia..
Aku dan dia, dua insan yang berbeza minat dan kesukaan. Aku dan Dia, dua insan yang berbeza umur, tak banyak.. kalau ditolak tambah lebih kurang 8 tahun je. Setakat aku hidup ni, aku tak suka sangat berkawan dengan lelaki dan memang tak boleh rapat dengan lelaki tapi dengan dia lain. Aku tak pasti sejak bila aku dengan dia mula rapat dan dalam sedar tak sedar aku cukup selesa berkawan dengannya sampailah sekarang walaupun masing-masing berjauhan bagaikan dua benua. Apa yang membuatkan aku heran, ramai orang yang aku kenali mengatakan aku garang tapi dia mengatakan yang aku ni seorang yang manja. Aku sendiri tak tahu kat mana yang manjanya aku ni. Apa yang pasti, bila dia bersama aku, dia tak perlu buat lawak aku memang dah senyum sampai ke telinga. Bila aku bersama dia aku rasa selamat.  Aku percayakan dia dan dia percayakan aku. Itulah hubungan antara aku dan dia.


Sejak bila cinta platonik wujud dalam diri aku?

Cinta platonik mula wujud dalam diri aku semenjak aku mengenali seorang lelaki yang patut aku panggil abang tapi aku dan dia Cuma ber kau dan aku, bukan tak ada rasa hormat cuma tak pasti kenapa tapi aku dan dia lebih selesa begitu. Bila ada disisinya dia buat aku terasa cukup selesa dan bahagia. Apa sahaja masalah ataupun kebagiaan yang aku hadapi tak kira dalam soal apa pun aku akan cari dia dan ceritakan pada dia. Boleh dikatakan, kepahitan dan kebahagiaan dikongsi bersama.
Apabila keluar bersama dia, Sesiapa sahaja yang memandang kami pasti tersilap menafsir, berjalan berdua berpegangan tangan bersama bagaikan merpati dua sejoli, berborak, bermesra, bergurau dan bertengkar bagaikan pasangan kekasih. Masa tu aku rasa dalam dunia ni cuma ada aku dan dia sahaja tapi masih waraslah dan tidak melebihi batasan.

Kenapa aku katakan antara aku dan dia merupakan cinta platonik?

Tak dapat dinafikan, memang wujud kasih, sayang dan rindu dihati aku terhadap dia. Sayang sangat-sangat dan rindu yang membuak-buak kat dia. sayang yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kalau boleh tak nak berpisah dan nak dia sentiasa ada disisi tapi dihati aku tak ada pulak rasa mahu berkahwin dengan dia. Bila dia bercerita tentang awek dia, tak ada pulak timbul rasa meluat, iri hati dan cemburu dihati aku malah rasa gembira sebab dia sudi berkongsi ceritanya tak kira lah cerita tu pahit atau manis, apa yang penting dia sudi berkongsi. Semua perkara tu membuat aku selesa berkawan dengannya. Apa yang pasti tak wujud perasaan cinta antara aku dan dia. Sebab itulah aku katakana antara aku dan dia cuma wujud cinta platonik.

TETAPI……

Ada yang mengatakan yang cinta platonik jarang ditemui, sebabnya…..
Mana mungkin tidak wujud sebarang perasaan cinta bila dah bersahabat dengan teman lelaki/perempuan yang dengan rapat. Hubungan sebegini akan wujud bila sesama sendiri sematkan dalam hati yang mereka hanya bersahabat. Tidak lebih dari itu. 

Apa yang boleh aku katakan?

Fahamilah maksud CINTA PLATONIK. sesungguhnya hubungan CINTA PLATONIK wujud sebab itu wujudnya perkataan CINTA PLATONIK.  Kalau ada yang xnak percaya tu terpaksalah percaya jugak.

No comments: