Sunday, November 18, 2012

KENAPA TAK ROGOL AKU

ASSALAMUALAIKUM KAWAN-KAWAN,

Hari ini aku nak share Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfaat.

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam aku dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja. Kebetulan aku mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan aku agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi aku berjalan berseorangan.

Tiba-tiba aku nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Aku sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang aku boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas diriku. Aku baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar ALLAH S.W.T membantuku di saat itu.

Masa aku melepasi tempat lelaki itu bersandar, aku sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan itu selamat sampai di rumah.

Keesokkan paginya, aku terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang aku jalan semalam hanya 10 minit selepas aku melintasi lorong tersebut. Aku yakin benar lelaki kulit putih yang aku lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab aku terus ke balai polis dan buat aduan. Aku dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tetapi aku hairan kenapa lelaki tadi tak jadikan aku mangsa ketika aku melalui lorong tersebut walhal aku keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempua yang lalu selepas aku. Aku nak tahu sangat sebabnya. Jadi aku minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Aku pun tanya perogol itu :
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak walaupun awak tahu saya berseorangan jer malam tu.

Perogol itu jawab :
 “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.

Aku rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara aku malam itu, mungkin juga berkat ayat kursi yang aku baca pada malam itu.

MORAL
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang
mukmin iaitu DOA..

Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. In Shaa ALLAH..

No comments: