Tuesday, November 13, 2012

SUKA SAYANG CINTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Hari ini aku ingin berbicara tentang suka sayang cinta.

Apa maksud suka, sayang dan cinta?

Pada pendapat aku,

Suka merupakan satu perasaan yang timbul apabila aku selesa dengan seseorang, benda dan perkara tak kira dari segi apa.

Sayang adalah satu perasaan dimana aku mengasihi sepenuh hati, ia juga merupakan satu perasaan aku terhadap seseorang, benda atau perkara yang aku senangi. 

Bagi aku sayang ni terlalu banyak, sayang pada mak, sahabat, kawan, kucing. Sayang juga tidak mengira jantina

Perasaan sayang juga di mana aku memerlukan dia di masa aku mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka aku. 

Kebiasaannya aku akan sayangkan seseorang yang menjadi pendengar setia kepada masalah dan Yang sentiasa berada disisi aku seperti seorang kawan baik.

Cinta bagi aku terlalu kompleks kerana susah untuk dihuraikan. Apa yang boleh aku katakan cinta merupakan satu naluri dalaman terhadap seseorang. Cinta adalah perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar aku gambarkan. 

Bagi aku cinta ni hanya satu selain mencintai Yang Maha Esa, aku mesti ada perasaan cinta pada seseorang yang merupakan satu lumrah. 

Cinta juga merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Ianya perasaan cinta aku pada seseorang di mana aku memang mengharapkan dia menjadi milik aku. 

Segala apa yang aku buat, sebolehnya aku nak dia tahu dan aku sedaya upaya tak nak melukai hati dia yang aku sayang walaupun kadang-kadang tanpa aku sedari aku dah melukai hati dan perasaannya

aku akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Perasaan cinta yang tulus yang ada dalam hati aku membuatkan aku tidak mengharapkan apa-apa balasan dan sentiasa ingin jujur dalam hubungan.

Jom mengenali tiga perkara yang berbeza!!!!!

Suka.....
  • Apabila aku suka sesuatu atau seseorang, aku Ingin memiliki untuk keegoan aku sendiri.
  • Apabila orang yang aku suka menangis, aku akan berkata “Sudahlah jangan menangis”.
  • Saat aku melihat sesuatu, aku akan berkata “Wah kacaknya, cantiknya”.
  • Apabila orang yang aku suka menyakiti hati, aku tidak mahu berbicara dan bersamanya lagi.
  • Aku akan menemani sesuseorang yang aku suka bila ia memberi keuntungan pada diri sendiri.
  • Bagi aku suka adalah hal yang menuntut.
  • Apabila aku suka pada seseorang atau perkara, aku akan memaksa seseorang itu untuk menyukai aku.
  • Di hadapan orang yang aku suka, hati aku akan gembira.
  • Di hadapan orang yang aku suka, musim itu cuma berangin sahaja.
  • Jika aku melihat ke dalam mata orang yang aku suka, aku akan tersenyum.

Sayang.....

  • Saat aku menyayangi seseorang, aku ingin sekali membuat dia bahagia dan bukan untuk diri aku sendiri.
  • Apabila aku sayang pada seseorang, di saat dia menangis, aku akan menangis bersamanya.
  • Apabila aku sayang, aku  akan melihatnya dari hatiku dan bukan mataku.
  • Pada saat orang yang aku sayang menyakitiku, aku akan menangis untuknya.
  • Sayang adalah aku akan menemaninya di saat aku memerlukan.
  • Sayang adalah hal memberi dan menerima.
  • Pada saat aku sayang padanya, aku akan membiarkannya memilih.

Cinta.....

  • Saat aku mencintai seseorang, aku akan lakukan apa pun untuk kabahagiaan dia walaupun aku harus mengorbankan jiwa aku.
  • Apabila aku cinta pada seseorang, saat dia menangis, aku akan membiarkannya menangis dibahuku sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama”.
  • Cinta adalah saat aku melihatnya aku akan berkata, “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”
  • Apabila orang yang aku cintai menyakitiku, aku akan berkata,“Tak apa dia tak tau apa yang dia lakukan”.
  • Pada saat aku cinta padanya, aku akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
  • Apabila aku cinta pada seseorang, aku akan menemaninya tak peduli bagaimana pun keadaanku.
  • Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
  • Di hadapan orang yang aku cinta, hati aku akan berdegup kencang.
  • Di hadapan orang yang aku cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
  • Jikalau aku melihat di dalam mata orang yang aku cinta, aku akan kaku.

Untuk renungan bersama!!!!

Suka

Suka membawa pengertian yg luas dan berkaitan dengan persekitaran, kita tak akan terluka kalau kehilangan benda yang kita suka. Suka ialah perasaan pada seseorang, barang dan sebagainya.

Lebih senang untuk di jelaskan jika kita lihat definisi suka pada seseorang. Apabila kita bersama dengan dia yang kita suka, kita rasa hidup kita ceria jer dengan gelak ketawa.

Kita suka dia sebab sifat atau perangai yang ada pada dia. Kalau kita tak berjumpa dia dalam satu tempoh yang lama, kita still rasa cool tanpa perasaan rindu atau gelisah.

Kita juga sentiasa berharap yang dia senang disisi kita dan kita harap kita tidak susahkan dia.

Suka jugak bila kita selalu senang dengan perbuatan dia. Bila dia bercakap, kita selalu bersedia untuk mendengarnya.


Bila dia berada di hadapan, kita selalu senang melihat wajahnya. Dan bila dia melakukan sesuatu perkara, kita selalu senang untuk menyertainya.


Sayang....

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan di terjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia.

Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mencintai. Kita mungkin menyayangi sahabat, kawan, keluarga, guru atau sesiapa sahaja.

Tetapi berbeza bila kita katakan bahawa kita menyayangi bakal suami, kerana rasa sayang kepada bakal suami adalah sebagai teman hidup dan ia memberi maksud kita mencintai dia sedalam-dalamnya.

Namun, fahamilah...

Rasa sayang sudah memadai untuk kita lihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi kita. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia.

Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada kita sebagai orang yang menyayangi atau di sayangi kerana rasa akan dapat dihalusi dengan wujudnya keikhlasan dalam setiap perbuatan.

Keikhlasan inilah yg akan memberikan rasa sayang yang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang kita sayang.

Sayang pada ibu bapa, keluarga, rakan, sahabat, guru, pasangan atau sesiapa sahaja tetapi ingat, apa yang lebih penting adalah kita perlu menyayangi diri sendiri dan jangan terlalu sayangkan orang lain atau benda lain sehingga kita sendiri terluka akhirnya.

Cinta...





Terlalu kompleks untuk di huraikan kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza.

Dalam istilah arab, cinta di definisikan sebagai pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk seseorang itu menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan biasanya diputuskan sendiri. Cinta juga akan mebutakan seseorang untuk melihat kelemahan-kelamahan pada diri orang yang kita cintai sekalipun nampak jelas di mata.

Cinta juga naluri atau perasaan dalaman ke atas sesuatu nikmat baik bersifat jasmani atau rohani.

Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan cinta.

Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih dan sayang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya rasa sayang yang ikhlas dan menerima pasangan seadanya.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk di ubati.

Cinta membahagiakan apabila pasangan berjaya hidup bersama dan amat memedihkan apabila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta.

No comments: