Wednesday, December 26, 2012

DULU DAN KINI B.2.8


Salam sayang semua...

Hari ini aku nak bercerita satu kisah tentang suasana dalam Apartment aku yang dulu dan sekarang.

Apa yang aku nak cakapkan di sini, aku sangat terkilan dengan penghuni B.2.8. Sesungguhnya aku amat merindui suasana suatu masa dulu.

Dulu....

Penghuni apartment ni sangat meriah dan riuh, sampaikan kami boleh menang anugerah apartment termeriah 2012. Hubungan antara penghuni sangat rapat di antara satu sama lain walaupun baru kenal, berbeza negeri, bangsa dan agama. Boleh dikatakan macam satu family yang besar. Penghuni-penghuni dari apartment lain yang datang ke sini pun terpegun dengan suasana dan hubungan diantara penghuni di apartment B.2.8.

Masa Sakura mengadakan Raya Lagi Sakura, semua penghuni B.2.8 sangat-sangat spoting, pakai baju ala-ala sama warna dan tak kisah walau ada penghuni-penghuni lain yang mengatakan kami ahli nasyid atau boria. Apa yang penting kami happy.

Kalau belajar, terutama masa jawab soalan kuiz, semua berpakat keluar bilik dan buat sama-sama. Cari jawapan bersama dan jawapan semua sama.

Yang penting, kami selalu bergurau senda dan masing-masing tak ambil hati. Kalau bising kami bising bersama-sama.

Masa nak buat jamuan ke apa ke semua sebulat suara, semua nak join, semua spoting dan yang paling penting semua happy.



Masa-masa lalu yang dirindui


Sekarang...

Semuanya telah berubah. Tapi bukan semua yang berubah hanya segelintir. Perubahan ini berlaku semenjak ada penghuni aparment B.2.8 yang bawa geng dari apartment dan kolej lain datang sini, main keluar masuk dan masa tu aku dan yang lain rasa apartment kami macam dah tak ada privacy. Yelah... dah tak ada privacy bila ada orang luar main keluar masuk sesuka hati macam apartment ni dia yang punya.

Tetamu yang datang tu pulak tidak tahu hormat penghuni apartment kami. Bila datang jer buat bising, gelak-gelak tak ingat dunia dan bercakap sesama sendiri walaupun bersebelahan tetapi bagaikan nak gaduh. Yang menyakitkan hati lagi, bila datang sini... buat macam rumah sendiri, buka laptop dan guna ruang meja makan kami kat ruang tamu sampai kami tak boleh guna internet. Yelah... pada masa tu, kalau korang nak tahu, di meja makan tu jer yang dapat line internet.

Jadi, penghuni-penghuni B.2.8 yang lain bengang dengan situasi tersebut dan kami cuba bersabar tapi tahap kesabaran kami ada had jugak. Sampailah satu hari, aku dan penghuni-penghuni yang lain sepakat nak tegur penghuni yang selalu bawa geng masuk ke apartment. Sebelum tegur, kami dah banyak kali discuss tentang cara terbaik untuk tegur mereka supaya merek tak terasa hati sebab kami berlainan bangsa. So, apa-apa pun hati kena jaga.

Jadi, pada satu malam... kami buat perjumpaan dan aku lah yang jadi ketua sebab aku yang paling tua. So, kat situ aku rasa aku dah tegur dengan cara yang baik dan semua mengiakan dan semua kata tak ada masalah dan tak ada yang tak puas hati.

Selepas adanya perjumpaan tu, perangai mereka makin menjadi-jadi dan mereka tetap sama, bawa geng datang dan bising macam biasa.

Mereka seakan-akan mencabar kesabaran aku dan penghuni yang lain. Jadi, bermula di situlah kami dah tak rapat, peramah dan meriah macam dulu. Di situ jugaklah timbul masalah sindir-menyindir tak kiralah secara depan-depan ke melalui FB ke apa ke. Di hati masing-masing hanya Tuhan jer yang tahu.

So, sekarang penghuni B.2.8 seakan-akan ada dua puak... segelintir kemesraan tu dah hilang. Kadang-kadang kalau kami buat event pun mereka tak nak join, bercakap antara satu sama lain pun macam nak tak nak.


Apa yang boleh aku katakan...  

Aku rasa terkilan sangat-sangat dengan apa yang terjadi sebab aku dah tegur baik-baik tapi mereka seakan-akan mempersendakan teguran aku.

Apa yang aku nak katakan lagi, bila kita kena tegur... terimalah teguran itu dengan positif. Jangan nak salahkan orang lain, jangan nak memberontak. Cuba renungkan apa yang kamu dah buat sampai ada yang menegur.

Kalau aku, bila dah kena tegur tu, aku malu sangat-sangat sebab rupanya aku selama ni dah buat salah dan bila dah dapat teguran tu, aku akan mintak maaf dan cuba betulkan diri.

Jangan rasa diri tu betul sangat dengan tak endahkan teguran-teguran rakan serumah. Kita semua manusia biasa yang tak boleh lari dari kesilapan. Tapi bila orang dah tegur tu.... cubalah atasi.


Sekian.

No comments: