Sunday, December 23, 2012

MALAM GALA SAKTI SAKURA 2012


Salam Sayang semua...

Hari ini aku berkesempatan menulis tentang Malam Gala Sakti Sakura 2012 yang bertemakan Glamorous Night. Malam ni terbuka kepada penghuni Sakura dan bukan penghuni Sakura janji beli tiket. Tiket tak mahal sangat, just RM35 bagi penghuni Sakura dan RM40 bagi penghuni luar Sakura. Dinner ni diadakan di Kuching Park Hotel.

Pada mulanya aku tak mahu join tapi entah mengapa aku ubah fikiran di saat akhir. Mungkin sebab aku ingin tambah Merit atau mahu merasa dinner anjuran kolej macam mana yang tak mungkin aku rasa lagi tahun depan sebab mungkin tahun depan aku dah kena tendang keluar dari Sakura sebab tak cukup merit untuk stay di Sakura.

Sehari sebelum berlangsungnya majlis ni aku kelam kabut mencari baju, aku dah tak ada masa nak memilih. Aku masuk satu kedai dan aku capai jer baju mana yang aku berkenan sebab dah tak ada masa untuk aku memilih dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Walau bagaimanapun aku puas hati dengan baju yang aku beli tu.


Pada malam tu aku telah di make up oleh Erin Syafina dan baju aku yang labuh tu telah di jahit oleh Aisyah untuk singkatkan sedikit sebab terlalu labuh walaupun dah pakai High Heel.

Kat leher kosong tak ada rantai sebab pada awalnya nak pakai kot




Penampilan kitaorang pada malam tu

Pada malam tu, 9 orang peserta Malam Gala Sakti telah dipilih untuk catwalk yang terdiri daripada 6 perempuan dan 3 lelaki dan aku salah seorang peserta perempuan dan aku juga merupakan peserta pertama yang memulakan langkah di atas pentas tu. First memang berdebar dan takut sebab aku tak biasa Catwalk. Untuk pengetahuan korang inilah pertama kali aku catwalk. Untuk pusingan kedua aku dah mula rasa seronok berada di pentas.

Barisan 9 orang yang terpilih untuk catwalk.

Setelah semua acara habis, tibalah masa untuk majlis penyampaian hadiah. Banyak kategori yang di pertandingkan sepanjang semesta ini dan pada malam Gala Sakti merupakan majlis penyampaian hadiah untuk semua aktiviti yang telah dipertandingkan di Sakura.

Pada malam tu, Apartment B.2.8 yang merupakan apartment aku telah menang bagi Kategori Apartment termeriah 2012. Kategori ini telah di nilai pada acara Raya Lagi Sakura 2012.
Hadiah untuk Apartment termeriah 2012

Apartment B.2.8 yang dikatakan meriah

Yang tak disangka lagi... pada malam tu aku dinobatkan sebagai Glamorous Queen 2012. Tak dapat di nafikan, aku memang happy sebab ini merupakan pertama kali.
Hadiah bagi kategori Glamorous Queen 2012

So, terima kasih bebanyak terutamanya kepada Erin Syafina yang telah make up kan aku dan juga pakaikan Hijab ala Turban kepada aku, terima kasih juga kepada Aisyah yang telah modify baju aku dan terima kasih kepada kekawan yang lain yang turut menjadi penasihat kepada pakaian aku pada malam tu.

Thanks a lot my friends, love u all..


No comments: