Tuesday, December 11, 2012

UNIMAS


Hai semua..

Pejam celik pejam celik rupanya dah nak habis satu sem aku belajar kat UNIMAS. So, hari ni aku tak nak menulis panjang-panjang just nak share gambar dalam UNIMAS.

Jom terokai UNIMAS...




                                             
LOGO UNIMAS



Simbol pokok dalam logo UNIMAS melambangkan tumbuhan dan ilmu. Selain itu, melambangkan alam semulajadi di Sarawak dan Malaysia serta melambangkan pelbagai etnik di Malaysia dan budaya. Simbol genggaman tangan melambangkan kesatuan dalam keseragaman yang mementingkan pembangunan dan kemasyarakatan termasuklah exploitasi dan kepercayaan kepada ilmu yang berguna untuk pembangunan. Warna biru dan merah melambangkan intergasi kepada ilmu dan teknologi dan warna kuning melambangkan kualiti dan kecemerlangan dalam pembangunan sumber manusia dan perkhidmatan.








                   
 UNIMAS DARI PANDANGAN ATAS




Sangat menarik bagi aku sampai nak patah kaki berjalan ke kelas tiap hari tapi Alhamdulillah setakat ni belum patah lagi dan tak mungkin akan patah just lenguh-lenguh.



                       
 PINTU GERBANG UNIMAS

UNIMAS kalau tak silap aku ada tiga pintu tapi aku tak pasti sangat sebab setakat ni aku cuma jumpa dua pintu. Satu lagi pintu aku tak tahu kat mana lagi, In Sha Allah lepas ni aku akan tahu.


                        


JAMBATAN CINTA UNIMAS


Jambatan Cinta merupakan laluan pelajar dari kolej Sakura dan Allamanda ke Fakulti dan laluan untuk pelajar kolej lain ke Pavilion.





STUDENT PAVILION UNIMAS


Inilah tempat aku selalu beli makanan, banyak makanan yang dijual kat sini tapi tak boleh lawan makanan disemenanjung. Apa-apapun aku bersyukur sebab dapat makan. Kat Pavilion juga ada bilik untuk study atau untuk buat perjumpaan di tingkat bawah tanah.








CAFE POHONMAS

Kat sini jual makanan standard sikit sebab ia bagaikan restoran.. Mahal sikit jer tak banyak. sebagai student, masih mampu lagilah untuk makan di Pohonmas.



                                           
CAIS

Center for Acedemic Information Services (CAIS). CAIS ni Library di UNIMAS. Sangat menarik, banyak kemudahan yang disediakan di CAIS. Aku jarang sebenarnya ke CAIS. Kalau pergi pun just untuk pinjam buku dan perjumpaan. Aku jenis yang tak boleh study kat Library, nanti mata aku ni asyik pandang gelagat-gelagat student kat dalam tu.




                                           
DeTAR PUTERA

Dewan Tun Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra) merupakan mercu tanda kepada UNIMAS.

                   
KOMPLEKS SUKAN UNIMAS


               
PANGGUNG GEMILANG UNIMAS





MENARA AIR UNIMAS





                                
KOLEJ SAKURA UNIMAS

Dalam banyak-banyak kolej, kolej Sakura lah yang hanya menempatkan pelajar perempuan jer, tak campur dengan lelaki. Lagipun kolej ni kecil, hanya ad 3 blok jer.





              
  KOLEJ TUN AHMAD ZAIDI (TAZ) UNIMAS




                       
KOLEJ ALLAMANDA UNIMAS




KOLEJ CEMPAKA UNIMAS




                   
KOLEJ BUNGA RAYA (BRC) UNIMAS





                               
KOLEJ KENANGA UNIMAS


Gambar kolej ni aku tak pasti dari arah mana. Kalau korang nak tahu, kolej ni dihuni oleh Palapes dan Suksis. Kolej ni adalah kolej yang paling jauh dari Fakulti sebab kolej ni berada di depan pagar UNIMAS tapi bukan pintu pagar depan, pintu pagar yang lagi satu, memang jauh. Memang kena datang dengan bas ke Fakulti.


  
                                
KOLEJ SEROJA UNIMAS



Kolej ni special sikit sebab kolej ni macam asrama sekolah, tak ada rumah, just bilik. Kolej ni berdekatan dengan kolej Kenanga. So, kalau nak datang ke Fakulti memang kena naik bus.

Sebenarnya ada satu lagi kolej iaitu kolej Perubatan tapi aku tak ada gambar tu untuk di upload sebab kolej perubatan berada di luar kampus iaitu berdekatan dengan Hospital Besar Sarawak kalau tak silap aku lah.

Satu yang menakutkan, kat dalam UNIMAS ni sangat bahaya sebab dalam pagar UNIMAS ni sebenarnya ada sebuah perkampungan orang Sarawak dan banyak pembinaan-pembinaan yang sedang berlaku. Jadi ramailah pekerja asing dalam UNIMAS ni. Kat sini selalu terjadi kes rompakan, samun dan yang paling menakutkan adalah kes rogol yang sudah banyak kali berlaku.

Bagi aku UNIMAS ni ok lah sebab semua kemudahan ada tapi apa yang aku terkilan gan UNIMAS ni ialah soal Masjid. Untuk pengetahuan korang, kat dalam UNIMAS ni tak ada masjid sebenarnya.


Thats All, bye-bye.


No comments: