Saturday, January 12, 2013

BENGANG DENGAN ORANG BANGANG

Assalamualaikum semua.....

Maaf sekiranya hari ini aku terbiadap, kalau ada yang terasa hati, apa aku boleh buat, hati korang.... so, jagalah sendiri. Kan kan kan??????? Bukan tak nak jaga hati orang lain tapi aku dah penat asyik nak jaga hati orang lain sehingga hati sendiri terluka, terhiris dan teraniaya. Itulah padah kalau asyik jaga hati orang lain tapi orang lain xpandai nak hargai dan tak pandai nak jaga hati kita. Jadi aku buat keputusan, aku akan jaga hati orang yang jaga hati aku. Rasanya ini lebih baik.

Aku tengah bengang. Bengang gan sape????? Bengang dengan orang bangang. Kenapa aku kata diorang bangang???? Ni nak ceritalah ni. Pas tu korang tafsir sendirilah bangang ke tidak.

Minggu ni merupakan minggu cuti sem, ramai yang dah balik sebab habis exam awal. Tapi aku balik lambat walaupun exam aku habis awal. Sebab??? Sebabnya aku nak cari rumah sewa untuk sem depan. So, terpaksalah aku balik lambat walaupun hati ni dah meronta-ronta nak balik jumpa orang-orang yang di sayangi.

Aku dan member2 lain yang balik lambat kena pastikan rumah dalam keadaan elok, bersih dan yang sewaktu dengannya. Jadi, semalam aku cek bilik air dan tandas. Untuk pengetahuan korang, kat rumah ni ada 2 bilik air dan 2 tandas. 1 bilik air dan tandas tu hanya 3 orang jer yang gunakan dan orang lain guna bilik air yang satu lagi sebabnya bilik air dan tandas tu tak best. Tak best sebab air paip dia kecik. kalau mandipun tak puas. So, hanya ada tiga orang jer yang selesa gunakan. Tak kisahlah kan.... ikut keselesaan masing-masing.

Yang jadi bangang tu, bila aku cek bilik mandi tu... alahai kotor. Yang tu ok lah sikit tapi yang paling bangang bila aku cek tandas, korang tahu ada apa???? Ada apa lagi dalam lubang tandas kalau bukan t***. Korang pandai berak dan korang tak pandai bersihkan. entah2 bontot korangpun dah berkulat. Dah lah ada t*** tambah lagi tandas tu yang amatlah kotor, aku tak tahu macam mana korang boleh guna benda kotor dengan mangkuk tandas yang dah berkulat aku tengok. Kalau korang dah tahu flush tandas tu rosak, pergilah buat report sebab korang yang gunakan tandas tu, so pandai2-pandaiah korang jaga dan bertanggungjawab. So. Sekarang t*** korang dalam lubang tandas tu sapa yang nak kena cuci???? Nak suruh korang????? Alamak tidaklah kan sebab korang dah sampai rumah. Jawabnya aku dan member yang belum balik lagi lahkan.

Ini pulak satu hal lagi yang bangangnya... dah tahu nak balik, harta korang tolonglah kutip, bersihkan dan simpan kat tempat yang disuruh dan atas nama korang. Ni tidak... tinggal macam tu jer, dah lah dalam rumah ni tak boleh tinggalkan satu barangpun. So, sape yang nak tolong simpan barang korang tu sedangkan hanya 5 kotak sorang jer yang di benarkan simpan dekat stor. Barang kitorangpun dah banyak tau...... pinggan magkuk yang korang guna sebelum korng berambus dari sini, ada korang cuci???? Tak kan??? Tahu guna jer kan??? Pas tu tinggal pinggan mangkuk kotor atas meja. Sape yang nak cucikan untuk korang????

Barang korang yang dah rosak, ada korang kemas????? Ada korang buang???? Tak kan???? Korang tinggal bodoh macam tu jerkan, lepas tangan dan tak ada tanggungjawab. Sampai kitorang terpaksa call korang tanya sal barang2 korang dan dengan senang korang cakap.... yang dah rosak tu buang je lah. Korang ingat kitorang yang masih ada kat rumah ni cleaner korang??????? Dah korang tahu benda tu rosak, nape korang tak bunag daripada awal????? Ermmmm lupa pulak aku, sebab korang banganglah kan sebab tu korang jadi macam tu. Betul tak?????

Lagi satu yang aku bengang, makanan korang yang dah expired date..... tinggal bersepah macam tu jer dalam almari dapur dengan tin-tin biskut korang. Tak boleh ke korang buang???? Kenapa perlu tinggal kan semua benda tu untuk kitorang????? Mana tanggungjawab korang?????

Kategori ni pun bangang jugak ni..... lupa nak hantar kunci bilik, lupa nak hantar buku yang di pinjam di Cais. So, semua tu korang tinggalkan untuk kitorang. Tolong hantar buku korang ke Cais dan tolong hantar kunci korang ke pejabat. Senang kan hidup korang????? Hanya mengharap pada kawan. Apa yang korang ingat sebenarnya dan apa yang ada dalam diri korang????

Akhir kata, kalau korang kat tempat aku sekarang ni, apa korang rasa???? Bengang tak???????? So, sekarang korang dah tahu ceritakan.... nilailah sendiri, bangang ke tidak diorang ni dan bengang ke tidak korang kalau berada di tempat aku.


No comments: