Monday, January 14, 2013

KENANGAN BERSAMA GENG B2.8


Assalamualaikum sayangku semua....

Hari sedih bakal menyusul, 21/1/2013 merupakan tarikh perpisahan antara kami, geng B2.8. Bulan depan masing-masing akan berjumpa dengan kawan baru, tempat tinggal baru Cuma fakulti jer yang tak berubah. Tapi itu semua perkara biasa sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan setiap perpisahan pasti ada pertemuan.  

Walau hanya 4 bulan kita bersama tapi kenangan yang korang berikan amat bermakna. Korang ingat tak masa first kita jumpa dalam apartment ni???? Walaupun masa tu kita first jumpa dan dari negeri yang berlainan tapi kita semua sudah mesra macam dah lama kenal. Kita tak macam penghuni apartment lain yang tak mesra.

Korang ingat tak??? Kalau ada tetamu yang datang, diorang mesti terpegun dengan keramahan penghuni rumah kita.

Apa-apapun, akak sayang kamu semua walaupun kadang-kadang akak membebel dan marah. Korang adik akak yang terbaik!!!!!! Kenangan bersama korang merupakan kenangan terindah yang mesti akan rindukan.







Kenangan semasa Raya Haji. Masa ni, semua orang balik Kg sambut Raya Haji tapi kita stay jer kat kolej. Untuk hilangkan kebosanan, raya ketiga kita keluar round kuching.








Kenangan Raya Lagi Sakura. Masa ni Tini cuma cakap, semua kena pakai warna hijau kalau ada. Tak sangka semua sekepala, ikut jer. sebabkan inilah kita menang APartment termeriah 2012.













Kenangan keluar makan bersama di UniSquare

Kita di pertemukan dan kita di pisahkan. Apa-apapun, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah S.W.T telah tetapkannya sebaik mungkin. Akhir kata, akak sayang korang dan akak pasti rindukan korang dan kenangan bersama korang.

No comments: