Thursday, January 10, 2013

PERTUNANGAN NURUL HIDAYAT ABDULLAH (ME)

Hai semua....

Sekarang dah masuk tahun 2013, begitu cepat masa berlalu dan cepat jugaklah usia akan meningkat. Pejam celik pejam celik jer aku dah berumur 23 tahun tapi baru student sem 1. Maknanya masih ada 3 tahun lagi untuk aku habiskan ijazah aku  ni. Tetiba timbul persoalan, bila nak kahwin kalau macam ni????? Tua dulu lah kan.

Kata orang tak jadi masalah untuk study walaupun dah kahwin. Memang tak jadi masalah tapi aku yang tak yakin. Mane nak yakin, sorang kat semenanjung dan sorang kat Sarawak. Lagipun aku ada impian sendiri jika aku dah bergelar isteri. Impian tu tak dapat di realisasikan sekiranya aku berjauhan dengan suami.

Memang ada rasa keinginan nak kahwin bila tengok kawan ramai dah kahwin dan ramai yang dah dapat anak, comel-comel. Geram aku gan anak diorang, macam nak cium-cium dan gigit jer.

Apa yang penting aku dah di sunting dan dah berpunya. Tak payah fikir nak cari calon suami lagi lepas ni, habis 
belajar, kahwin dan kerja.

Nak imbas hari bahagia sekejap.......

28/8/2012 merupakan hari gembira buat aku iaitu pada tarikh tersebut telah berlangsungnya majlis pertunangan aku dengan insan tersayang. Kalau korang dah merasai detik ni, mesti korang dapat faham apa perasaan aku masa ni. So, tak payahlah aku terangkan lagi, bagi yang belum merasainya lagi, korang mesti akan merasainya nanti....

Sekarang aku nak layan gambar pada majlis tersebut, kalau korang nak tengok jomlah follow aku, kita tengok sesama.

















Salah satu hidangan untuk tetamu yang hadir adalah ayam masak merah.
Inilah antara gambar penyediaan ayam masak merah.







 Gambar kat atas tu adalah gambar jantung pisang.
Jantung pisang ni family aku buat teresek... korang pernah dengar tak??? Teresek jantung Pisang.









Yang ini adalah gambar gulai kawah. Gulai kari daging dengan buah ara.














Barang hantaran yang simple, lima dulang berbalas lima.

































Antara gambar pertunangan aku, moga-moga sampai ke jinjang pelamin dan kekal hingga ke hujung nyawa.In Sha Allah... Amin.


Korang tertanya-tanya yang di mana Tunang aku?????? Huhuhuhu...... siapa tunang aku tu, biarlah rahsia dulu buat seketika. Bukan apa, takut jodoh tak kesampaian, malu lah pulak nantikan.


Ok lah sayang-sayang semua.... Apa-apapun terima kasih kepada yang sudi melihat coretan dan gambar yang tak seberapa ni.


bye-bye.


No comments: