Thursday, March 7, 2013

KAJIAN HUBUNGAN INDUSTRI DAN PERBURUHAN (WA12)

Assalamualaikum semua...

Hari ini aku nak bercakap tentang program yang aku ambil di UNIMAS. Kenapa aku nak cakap tentang program ni?????? Sebabnya, bila kawan-kawan, keluarga, pensyarah dari fakulti lain dan sesiapa sahaja yang bertanya tentang program apa yang aku ambil di UNIMAS, diorang semua buat muka pelik bila aku cakap aku dalam program Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan. Lepas aku cakap program apa yang aku ambil, diorang mesti tanya macam ini.... kau nak jadi buruh ke lepas study nanti???? So, sebab itulah aku nak bercerita serba sedikit tentang program yang aku ambil.

KONSEP DAN RASIONAL

Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan sebenarnya memperkenalkan isu-isu pengajian dan penyelidikan berkaitan globalisasi pengeluaran dan pembahagian kerja antarabangsa. Ia meliputi perubahan proses kerja serta implikasinya ke atas kehidupan keluarga dan masyarakat. Ia juga menyentuh soal negara dan proses hubungan di antara pihak pekerja, majikan dengan kerajaan dan undang-undang tertentu yang dikutkuasakan oleh kerajaan. Pengkhususan pengajian ini juga merangkumi isu-isu baru dalam pembangunan., perancangan dan pengurusan sumber manusia serta beberapa aspek penting dalam penyelidikan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

· Mentafsirkan pemahaman dari sumber ilmu dan mensintesiskannya untuk pembangunan kendiri dan masyarakat.

·  Mampu menggunakan kemahiran intelek masing-masing untuk mengkonsepsualisasi pemahaman dan perancangan terhadap aktor-aktor dalam hubungan industri serta mewacanakannya dalam bentuk pembentangan dan percambahan ilmu.

·  Berupaya untuk berkomunikasi dengan semua peringkat dalam susun lapis organisasi serta mengetengahkan idea dalam pelbagai forum dan persekitaran dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

·  Mampu melibatkan diri dalam perbincangan akademik dan kritikal bagi tujuan mengenali permasalahan dan isu dalam organisasi dan persekitaran kerja.

· Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosio-budaya dalam amalan profesionalisme.

·  Meneruskan pembelajaran sepanjang hayat melalui penambahbaikan berterusan kemahiran dalam alam pekerjaan. Menjadi affiliasi kepada badan dan agensi yang berkaitan sama ada di sektor swasta atau awam untuk mendapat maklumat terkini berkenaan dengan bidang ini.

·  Berkebolehan untuk mencari sumber dan peluang perniagaan serta merangka perancangan perniagaan.

·  Menunjukkan tahap profesionalisme yang bersesuaian dengan nilai etika serta moral dalam mengaplikasikan ilmu dalam dunia industri.

·  Berupaya untuk menunjukkan sikap kepimpinan dalam menatar ilmu untuk pembangunan masyarakat, organisasi dan negara.

SUBJEK YANG DIPELAJARI
1.    Pengenalan Sains Sosial (CORE)
2.    Psikologi Kontemporari (CORE)
3.    Pengenalan Sejarah Sosial Malaysia (CORE)
4.    Pengenalan Sains Politik (CORE)
5.    Ekonomi Moden (CORE)
6.    Tamadun Islam dan Asia (TITAS) (GENERIK)
7.    Pengkomputeran Pengguna Akhir (REMEDIAL)
8.    Keterampilan Diri (REMEDIAL)
9.    Kokurikulum Berkredit (REMEDIAL)
10. Pengantar Antropologi dan Sosiologi (ANSOS) (CORE)
11.  Komunikasi dan Masyarakat (CORE)
12.  Gender, Etnisiti dan kelas (CORE)
13.  Statistik untuk Sains Sosial (CORE)
14.  Hubungan Etnik (GENERIK)
15.  Alat TM untuk Pekerja Ilmuan (GENERIK)
16.  Teori Sosial (CORE)
17. Hubungan Industri dan Sumber Manusia (CORE)
18. Ekonomi Perburuhan (CORE)
19. Sosiologi Kerja (CORE)
20. Bahasa Malaysia (GENERIK)
21.  Asas Kebudayaan Keusahawanan (GENERIK)
22. Kaedah penyelidikan sains sosial (CORE)
23.  Pendekatan Penelitian Sosial (CORE)
24. Undang-undang pekerjaan dan Hubungan Industri (CORE)
25. Kesatuan Sekerja dan Sistem Hubungan Industri (CORE)
26. Ekonomi Politik (CORE)
27. Perlakuan Organisasi (CORE)
28. Hubungan Industri Bandingan (CORE)
29. Perundingan dan Penyelesaikan konflik (CORE)
30. Pengurusan Pekerja (CORE)
31.  Sosiologi Pembangunan CORE)
32.  Sistem Maklumat Sumber Manusia dan Hubungan Industri (CORE)
33.  Industrialisasi : Teknologi dan Persekitaran Kerja (CORE)
34.  Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekeja (CORE)
35.  Dua Projek Tahun Akhir
36.  Persediaan Bahasa Inggeris 1 (REMEDIAL)
37. Persediaan Bahasa Inggeris 2 (REMEDIAL)

(PILIH DUA SUBJEK SAHAJA BAGI SUBJEK GENERIK INGGERIS DI BAWAH)
38. Bahasa Inggeris untuk Tujuan Profesional (GENERIK)
39. Penulisan dan Pembacaan Akademik (GENERIK)
40. Bahasa Inggeris untuk Dunia Sebenar (GENERIK)
41.  Bahasa Inggeris untuk Ekspresi Diri (GENERIK)
42. Kursus-kursus Elektif (sekurang-kurangnya 3 subjek untuk cukupkan 9 kredit)

PENERANGAN

Jumlah kredit keseluruhan (minima) adalah sebanyak 120 kredit

1.    CORE
·       Subjek yang wajib di ambil.

2.    REMEDIAL
·       Kursus-kursus Pengukuhan yang perlu/ wajib di ambil sekiranya tidak lepas syarat-syarat yang ditetapkan untuk pengecualian.

3.    GENERIK
·       Kursus-kursus yang perlu diambil sebanyak 14 kredit untuk sepanjang pengajian.

4.    ELEKTIF
·       Kursus-kursus yang perlu di ambil sebanyak 9 kredit sepanjang pengajian.
·       Boleh diambil dari fakulti lain atau dari program lain di fakulti yang sama.
·       Boleh juga ambil dua bahasa dan satu subjek dari fakulti lain atau dari program lain di fakulti yang sama.

GRED DAN NILAI

GRED
JULAT MARKAH
NILAI GRED
TARAF PENCAPAIAN
A
80 – 100
4.00
LULUS CEMERLANG
A-
75 – 79
3.67
LULUS CEMERLANG
B+
70 – 74
3.33
LULUS KEPUJIAN
B
65 – 69
3.00
LULUS KEPUJIAN
B-
60 – 64
2.67
LULUS BAIK
C+
55 – 59
2.33
LULUS BAIK
C
50 – 54
2.00
LULUS
C-
45 – 49
1.50
GAGAL
D
40 – 44
1.00
GAGAL
F
< 40
0.00
GAGAL

...SEKIAN...


5 comments:

Ann ZiS RVP said...

salam..akak kerja apa skrang?

Miss EYDA HIDAYAT said...

W'salam, akak xkerja lg. Akak masih belajr di Unimas lagi skrg ni. Baru tahun 2.

Anonymous said...

akak sy calon stpm tahun 2013 ...result sy 3B-,1C ....P.Am,Sej&P.perniagaan dpt B- manakala eko dpt C...pngk 2.50 akak rsa dpt tak sy lepas utk mohon kursus ni?

wan nur amierah said...

Salam kak. Sy nak tahu pasal course akak lebih detail lg. Boleh tak akak whatsapp sy 011-29233410. Nama sy Amierah.

Miss EYDA HIDAYAT said...

Akak xpasti samaada lepas atau tidak klo pngk 2.50....... klo letk unimas di pilihan pertama, mungkin akan dapat. tapi akak xpastilah.