Wednesday, June 26, 2013

KETIKA SUAMI ISTERI BERJAUHAN

Suami Out Station selama seminggu. Kerja banyak sampai call isteri sekali sehari.
Call isteri pukul 3 pagi sebab baru siap projek besar.
SUAMI : Salam Sayang. Dah tidur?
ISTERI : Wsalam. Dah abang. Kenapa abang baru call?
SUAMI : (suami perasan nada suara isteri macam merajuk) Abang baru siapkan kerja,
penat sangat.
ISTERI : Abang kalau penat, jangan call. Call esok jer ok. Pergilah tidur.
(Berbunga-bunga Hatinya)
Take note: Kalau nak tahu, orang perempuan ni memang cuba akan fahami lelaki dan
percayalah dalam hati, dia sangat-sangat rindukan suaminya kalau berjauhan. Ayat
"takperlah" yang sebenarnya itu merupakan ayat ambil hati dalam diam.
Tulisan: Pakar diari hati
Kredit: Pakar Cinta - www.PakarCinta.com (FB)

KUNCI DIMENSI


Sewaktu sedang asyik menyaksikan perdebatan antara Dr. Bunyamin dengan Dr. Raul, tiba-tiba Suzaimi disedut masuk ke dalam pintu dimensi yang tiba-tiba terbuka. Perkataan terakhir yang sempat didengari oleh Suzaimi adalah ugutan Dr. Raul yang mahu membawa beberapa orang pelajar akademi menyertainya dalam misi menyelamatkan Dimensi Yunar.



Gen Gemilang dalam bahaya. Mereka dijadikan alat bagi kepentingan pihak lain. Benarkah Suzaimi dapat membuka pintu dimensi dengan menggerakkan niat sahaja? Apa yang dapat dia lakukan bagi membantu anak-anak Gemilang?

PENGEMBARAAN SUZAIMI



Suzaimi, seorang remaja yang dikurniai oleh kelebihan istimewa - boleh melihat masa hadapan melalui mimpi - telah diburu oleh Hantu Serigala, iaitu seorang Agen Hades. Dalam pelariannya, dia bertemu dengan Agen Gemilang dan diselamatkan ke Akademi Gemilang. Di sana, dia disatukan dengan pelajar-pelajar istimewa lain yang mempunyai pelbagai kelebihan. Perkenalannya dengan Mawar (berkebolehan memunculkan busar api) telah menyeret Suzaimi ke sebuah pengembaraan. Turut bersama mereka dalam pengembaraan itu ialah Azurin (mempunyai kebolehan telekinesis), Izkandar (berkebolehan membaca minda melalui sentuhan) dan Asyran (berkeupayaan menghilangkan diri). Dalam pengembaraan ini mereka dicabar oleh Ratu Serpent dan Hantu Serigala. Di samping itu persoalan mengenai asal usul kebolehan istimewa mereka turut menjadi satu misteri. Apakah Gen Gemilang? Apakah maksud mimpi Suzaimi melihat cermin pecah? Dan berjayakah mereka menyelamatkan diri? Kesemua jawapan ada dalam AG.

RAYYAN FANTASI

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. 

Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirianAiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.



RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.

SUTERA BIDADARI


SAIFUDIN - muncul semula dari tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia. 


RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian kematian permaisurinya... Sutera. Namun dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa. Taghut meminta bantuan Vlad The Impaler atau Pontianak Nosferatu, yang terkenal dengan gelaran Drakula.
MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
SAIFULLAH – Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
RAMLEE AWANG MURSHID – Sutera Bidadari, bukan hanya mempamerkan aksi lasak yang menguja pembacaan, malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yang tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

SUNAN MUSAFIR


 ALLAH menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 – Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?


Ramlee Awang Murshid dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.

CINTA SUFI


 PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka.
Ingin mencari lelaki bertanduk dua.

Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.

Laksamana Sunan, Catalina dan Luna... bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi. CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.


HIJAB SANG PENCINTA

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. 

Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...



CINTA SANG RATU

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. 

Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

BAGAIKAN PUTERI


 Haryani dan Laksamana Sunan...
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.


SEMANGAT HUTAN

Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. 



Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?


RANGGAU

Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama.

Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.

 Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

FIKSYEN 302

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. 

Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. 

Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

UNGU KARMILA

ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percayasesuatu’ yang berada di situ sedangtidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.


Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

SATU JANJI

 Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.

Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.

Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.

Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.


9 NYAWA

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mem punyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM


Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Tuesday, June 25, 2013

ADAM

DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA...

Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.


Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...

SAAT CINTA BERSEMI


 BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.


Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

ANDAI ITU TAKDIRNYA

Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?

IZINKAN KU BAHAGIA


IZINKANKU BAHAGIA

Biarlah sepi ini menemani rindu yang berlalu.

Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.


Zafir Arsyad
·         Senior engineering
·         Tunang kepada Nadya
·         Anak murid cikgu Soraya
·         Keliru dengan perasaan sendiri
·         Tidak tetap pendirian

Nadya
·         Tunang kepada Zafir Arsyad
·         Anak murid cikgu Soraya
·         Jiwa kacau

Soraya Zainal Abidin
·         Bekas guru
·         Pengurus chalet
·         Bekas isteri kepada Razlan
·         Mempunyai seorang cahaya mata perempuan “Arisa”
·         Ibu tunggal
·         Tidak penuh dugaan

Armin
·         Sepupu Nadya
·         Anak Mak Su
·         Pernah mempunyai perasaan terhadap Nadya
·      Membawa diri ke Singapura selama 3 tahun selepas pinangannya di tolak oleh Nadya


BAHAGIA

Semua orang bercakap mengenainya. Pelik sekiranya ada sesiapa menyatakan yang dia tidak ingin merasa bahagia dalam hidupnya. Ini kerana pencarian kebahagiaan adalah proses yang dilalui oleh semua makhluk yang berperasaan. Namun, bagaimanakan cara terbaik untuk menilainya? Bagaimana menentukan yang kita bahagia atau tidak? Bahagia adalah suasana senang, aman damai serta gembira. Itu definisi bahagia di dalam kamus. Namun, apakah definisi bahagia buat makhluk bernama manusia? “Kebahagiaan ada pada cinta. Selama manusia mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri, bukan untuk bersama orang lain, maka selama itulah dia tidak akan berjumpa dengan kebahagiaan.” Itu pendapat Leo Tolstoy, ahli falsafah Rusia yang terkemuka. Benarkah begitu? Adakah tanpa cinta maka manusia tidak bahagia? Pencarian bahagia, di manakah kesudahannya?


RASA HATI SIAPALAH YANG TAHU
I still love you and I’m sure you feel the same. Masalahnya, cinta aje tidak cukup sebagai bekalan. Masalahnya, kita sudah dewasa. Kita bukan lagi remaja yang terperangkap dalam keasyikan cinta. Cinta hanya sebahagian daripada ramuan sebuah perkahwinan. Perkahwinan memerlukan persefahaman dan keserasian, bukan sekadar perasaan.


Tanpa perasaan, sebuah perkahwinan menjadi tawar, tapi tanpa komitmen ia pahit bak hempedu. Perkahwinan bergantung kepada kesanggupan menerima tanggungjawab masing-masing.

Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah adalah menerima hakikat akan kewujudan masalah itu.

Dengan berjauhan, mungkin dapat membantu kita membuat keputusan.

Demi kebahagiaan yang dicari. Terluka sekarang lebih elok daripada terluka dikemudiaan hari.


PERSOALAN

Sebagai tunang, bukankah antara dua insan yang berkasih, ada pertalian naluri lalu saling memahami? Tetapi mengapa terasa seperti ada dinding di antara mereka? Mengapa tidak mampu meneka apa yang ada sedang dia fikirkan? Tidak cukupkah tempoh masa perhubungan mereka untuk memahami dia? Ataupun sememangnya antara mereka tiada chemistry?

Antara kita, siapa yang bakal melupakan siapa? Adakah ini perpisahan yang bersifat sementara ataupun buat selama-lamanya?

Adakah kelak dia akan menanggung derita di atas tindakannya malam ini?


ANTARA KENANGAN DAN REALIT

Hatinya berat mahu mengakui yang dia adalah cinta pertamanya. Namun yang pasti, dia kekasih pertamanya. Hubungan cinta mereka yang bermula secara mengejut semasa masih dalam keadaan keliru mencari erti cinta. (Jangan sesekali membuat apa-apa keputusan selagi kita keliru kerana kesan pada masa akan datang memang menyakitkan, bukan sekadar menyakitkan kita tetapi juga orang lain).

Kita serasi sebagai kawan, mungkin kita ideal sebagai kekasih. (Serasi sebagai kawan tidak semestinya ideal sabagai kekasih. Berkawan dan berkasih adalah dua perkara yang berbeza, berbeza daripada semua segi).

Ketika perhubungan mereka bermula, dalam hatinya masih ada nama lain. Nama yang sudah lama bertakhta sebelum dia. Nama yang mahu dikikis namun gagal. Entah mengapa, tidak mampu untuk melupakan nama yang satu itu. Hati bergelora bila mengingati nama itu. Perasaan pernah huru-hara kerana nama itu. Nama yang mengenalkannya erti rindu, kasih dan cinta. Nama yang mengenalkannya kepada satu perasaan yang aneh.

Rindu….. rindu seorang lelaki kepada seorang perempuan. Rindu kerana dalam hatinya ada perasaan aneh yang mungkin boleh mendefinisikan sebagai cinta.

Hipokrik sekiranya dia menafikan yang ada kalanya dia berasa terbeban dengan ikatan yang mengikat mereka. Bukan tiada rasa bersalah namun, dia tidak mampu menolak perasaan itu. Biarpun perasaan itu hanya muncul sekali-sekala, ia tetap menyesakkan nafasnya. Setiap kali dia berasa terbeban, dia bagai mahu lari. Namun, tidak pernah berjaya memulakan langkah pertama.


WANITA

Bila di pujuk,

“Siapa suruh you pujuk I? Kalau I merajuk, tak payah pujuk. Nanti bagi I mengamuk. Biar I cool down sendiri.”

Bila tak di pujuk,

Kenapa tak pujuk I? You ni, teruklah tak gentleman langsung!

PERSOALAN

Mengapa perhubungan itu bermula? Apa yang mengikat kakinya? Rasa cinta ataupun tanggungjawab? Bagaimana pula dengan Soraya? Masihkah ada cinta yang berbekas untuk Soraya? Adakah kenangan bersama Soraya yang membuatkan dia berasa terbeban dengan hubungannya dengan Nadya?


TAUFAN KECIL BERPUSAR DI HATI

Makan adalah salah satu cara menikmati hidup selain bercinta.

Hubungan cinta yang tergantung tanpa menunjukkan kesediaan untuk memberi komitmen membuatkan kita tidak yakin dengan pasangan kita. Tetapi jika pasangan kita terlalu cepat bertindak untuk memberi komitmen juga buat kita tidak yakin, bimbang tersalah pilih.

Teori cinta

Selalu sangat berjumpa pun bosan juga. Lagipun, I tak nak naik ERL. Cukuplah naik Star LRT aje. Komuter? Tak lambat dan tak perlahan. Komuter selalu tak ikut jadual. Kadang-kadang rosak. Leceh!

Cinta di ibaratkan menaiki kereta api. Sekiranya kereta api bergerak terlalu lambat, maka kita akan berasa bosan dan masa terbuang begitu sahaja. Tetapi, jika kereta api bergerak terlalu laju, maka kita akan berasa cemas, bimbang kereta api tergelincir dari landasan sebelum sampai ke destinasinya.


GELORA JIWA MENYESAKKAN NAFAS

Leceh ataupun tidak, manusia yang tentukan. Bercinta sesama Melayu pun belum tentu mudah. Dah nama bercinta, mestilah banyak masalah!

Lelaki pun ada perasaan tau! Asyik nak jaga hati perempuan aje, mana boleh tahan!  Hati lelaki, siapa nak jaga? Lelaki pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Tahu marah, geram dan sedih. Kadang-kadang perempuan asyik mengungkit perasaannya tak dijaga, lelaki kurang beri perhatian, tidak pandai memujuk, lupa tarikh penting dan macam-macam lagi. Tapi, bukan ke perempuan pun adakalanya melakukan kesalahan yang sama? Kenapa lelaki tidak boleh komplen? Kenapa hanya perempuan sahaja yang boleh merungut?

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, perempuan ini ada banyak sepsis. Jadi, lain perempuan lain ragamnya. Malah, setiap perempuan juga sukar untuk difahami sebab selalu berubah. Selagi tak melampau, bersabar ajelah!

Memandangkan kami masing-masing dah banyak kali putus cinta, cara kami memandang cinta sudah bertukar. Dia terlalu berdikari dan tak banyak meminta. Bukan seperti perempuan lain yang banyak ragam. Dia seorang yang simple. Dia tidak mahu terikat. Baginya, memberi komitmen bukan bererti berkongsi segala-galanya dengan pasangan. Cukuplah kalau berlaku jujur dan saling menghormati. Paling penting, masing-masing tidak berasa dikongkong.

Dia percayakan aku. Kalaupun aku menipu, penipuan itu akan terbongkar juga. Jadi, biarkan aku pilih, nak berlaku jujur ataupun berfoya-foya.

Hubungan cinta seperti bermain layang-layang. Biarkan ia bebas di angkasa, sesekali tarik tetapi jangan sekat kebebasan layang-layang itu. Kalau layang-layang tetap setia, pasti akan kembali pada tuannya.

Sepasang kekasih, satu perkara, dua penilaian yang berbeza, sampai bila pun takkan bertemu titik keseimbangan.

Untuk dua orang hidup bersama-sama memang tidak mudah tetapi asalkan ada tolak ansur dan saling menghormati, tidaklah sesukar mana. Walaupun kita tidak memahami rentak pasangan kita sepenuhnya, selagi kita bersedia menerima kelemahannya, aku rasa tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Urusan cinta adalah antara dua hati. Orang luar tidak wajar masuk campur. Cukuplah sekadar memberi sedikit pandangan. Hendak terima atau tidak, terpulang.

Kereta macam perempaun. Kena cantik selalu tapi jangan over. Kata orang simple and elegant. Biar Nampak macho!


KE MANA HILANGNYA DAMAI DI HATI

Ya ALLAH, sampai bila derita ini harus kutanggung? Hati ini terus merintih. Tidak sanggup rasanya berterusan mengharung derita ini. Sungguh, tidak pernah terlintas di fikiran, yang perkara buruk ini akan berlaku. Tidak tahu bagaimana untuk terus bertahan dalam sebuah ikatan yang menyakitkan. Pelbagai rasa menghimpit jiwa. Hampa, kecewa, marah, geram, benci semuanya menyesakkan fikiran. Kalau ada kasih yang bersisa, tetap tidak cukup untuk membuat dirinya terus bertahan dalam sesebuah rumah tangga yang berantakan.


HITAM DAN PUTIH KEHIDUPAN

Entah mengapa, hari ini, terlalu banyak kenangan silam yang berulang tayang. Hidupnya sudah banyak berubah. Tidak seperti dulu. Namun, tidak pula dia menyesal. Mungkin, inilah ketentuan buatnya. Hakikatnya, dia tidak lagi menyimpan impian. Dia hanya ingin meneruskan hidup seadanya demi anak tercinta.


HATINYA SEMAKIN TIDAK KERUAN

Bermacam rasa bergolak dalam jiwanya. Sebagai gadis matang, tidak sepatutnya dia membiarkan perkara yang remeh-temeh menyesakkan nafasnya. Tapi, soal cinta bukan perkara remeh! Bukankah cinta itu satu keperluan dalam hidup?


DEBARAN YANG BERGETAR DI DADA

Seorang guru sentiasa berharap yang terbaik untuk anak muridnya walau nama dan wajah-wajah itu telah luput dari ingatannya.

MENGUAP

Teori sains mengatakan menguap kerana terlalu banyak karbon dioksida dan tidak cukup oksigen dalam darah. Apabila mulut terbuka dengan luas, oksigen akan segera dibekalkan ke dalam paru-paru dan saluran darah. Tapi, teori ini tidak dapat dibuktikan. 55% orang menguap dalam tempoh 5 minit selepas melihat orang lain menguap. Kita menguap dalam tempoh purata 6 saat.

Mengikut hadis Bukhari, ALLAH SWT tidak suka orang menguap. Sebab menguap itu daripada syaitan. Jadi, apabila kita menguap, seeloknya tutup mulut bagi menghentikannya dan bagi mengelakkan syaitan daripada menerpa masuk.


BERLIKU LALUAN MENCABAR KESABARAN

Tidak cemburu, jauh sekali kecewa, namun hatinya terasa kehilangan. Dia bukan pilihan pertama tetapi pilihan terbaik buat saya.

Cinta tidak berbalas pahit rasanya tapi tidak sepahit apabila menyedari yang diri ini hanya sandaran bagi melupakan kekecewaan yang lalu.


KENANGAN PAHIT MERANTAI JIWA

Tanpa kepercayaan, bagaimana ingin hidup bersama?


HATI TERUSIK DIGAMIT MEMORI SILAM

Jangan terlalu sempit pemikiran dan jangan mudah menunding jari. Tanyalah diri sendiri, apa usaha demi memajukan diri?


BIBIR BERBICARA, MENGUNGKAP RAHSIA 
HATI

Kasih sayang yang ada takkan bertukar menjadi benci hanya kerana dikecewakan.

Kenapa hidup terlalu rumit? Tentu tidak seronok kalau hidup ini terlalu mudah. Tentu ramai yang alpa lalu terlupa untuk berdoa, memohon perlindungan-NYA. Tentu ramai yang terlupa untuk mensyukuri nikmat ALLAH SWT.

Kadangkala terlalu penat. Ada kerjaya yang baik, kewangan yang stabil dan boleh hidup dengan selesa walaupun tanpa lelaki. Tapi, mengapa masih tak tenang? Mengapa masih berkeras mahu mencari kebahagiaan dalam cinta yang adakalanya menyakitkan?


DUKA DALAM HATI MASIH BERBISA

Setiap yang bernyawa berhak memilih. Saya telah memilih, malangnya pilihan saya silap. Tetapi manusia belajar daripada kesilapan. Bercakap memang mudah. Perjalanan hidup saya penuh liku. Kadangkala saya keliru, perlukah diteruskan sedangkan saya tidak nampak cahaya? Yang ada hanya kelam.


DIBAWA HATI MENCARI DAMAI

Bertemu semula selepas tiga tahun, perasaan cinta saya pada awak rupa-rupanya sudah hilang tanpa saya sedari. Perasaan dalam hati memang aneh.

CAK LEMPONG DAN GAMELAN

Rupa alat muzik cak lempong dengan gamelan hampir sama tetapi sebenarnya gamelan dan cak lempong adalah muzik tradisional yang berbeza.

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan cak lempong digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Cak lempong mula berkembang dalam kalangan masyarakat melayu berketurunan minangkabau di Negeri Sembilan. Dalam permainan cak lempong lazimnya alat-alat seperti seruling buluh, salung, rebana dan gong disertakan bersama untuk mengiringi pencak silat, tari lilin, randai dan tarian inai serta lagu dan juga nyanyian. Instrument cak lempong berbeza dengan gamelan daripada segi saiz dan bunyi. Bunyi yang dihasilkan berbeza.

JANGAN ADA HATI YANG TERLUKA

Apabila terlalu rapat, hati lebih mudah terluka.


HATI DICENGKAM RINDU YANG SARAT

Dia gadis yang kental dan berani. Gadis moden yang mahu berdikari. Namun apabila berbicara soal cinta, dia tidak yakin mampu berdiri teguh. Dia bimbang akan rebah sekiranya berdepan dengan kegagalan. Walau sekental manapun dia, hakikatnya dia hanya gadis biasa yang takut menghadapi kegagalan dalam bercinta.

Kalau rindu menggunung, mengapa hati sanggup meninggalkannya.

Seberani mana pun, bila bercakap tentang perasaan, semua perempuan takut dilukakan. Ketakutan itu bukan sedikit tetapi ia bagai bayang-bayang. Keberanian itu datang bersama keyakinan dan apabila kita bertawakal. Carilah kebehagiaan itu dalam hati awak.

Saya ingin mencuba. Asalkan ada keinginan dalam hati, In Sha Allah pasti mampu melakukannya tetapi kebahagiaan sebelah pihak sahaja tidak cukup, kesepakatan harus ada. Ketakutan akan hilang apabila kita mula mengambil langkah pertama.

Walau sesiapa pun bersama saya, keduddukan awak dalam hati takkan tergugat. Benar, cinta itu sudah hilang tetapi kasih dan sayang saya pada awak tetap melaut.


ISI HATI SIAPALAH YANG MENGERTI

Sebenarnya langit berwarna hitam. Warna biru yang kita lihat pada waktu siang dan kuning pada waktu senja sebenarnya kesan serakan cahaya matahari oleh lapisan udara. Cahaya matahari menyerak lebih banyak cahaya biru pada waktu siang dan warna kuning pada waktu petang. Hanya pada waktu malam, warna sebenar langit iaitu hitam kelihatan kerana tiada sumber cahaya matahari untuk diserakkan.


ANTARA IMPIAN DAN HARAPAN MASA KINI

Ingin di usir pergi bayang wajah itu tetapi baying itu terus datang di layar pandangnya. Wajah yang memberinya rasa bersalah. Walau bagaimanupun hubungan itu perlu di selamatkan. Bagai mahu dilemparkan semua rasa yang membuat dirinya huru-hara dan tidak lena.


HAKIKAT YANG MENYAKITKAN 

Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan. Lebih tepat adalah cinta.


KEDINGINANNYA MENGGURIS HATI

Ada kalanya, manusia mahu lari daripada kebiasaan.

TIADA LAGI RAHSIA ANTARA KITA

Sekiranya cinta kita kuat, seminggu bukan masalah besar tetapi kalau cinta pertama you mendalam seminggu sudah cukup untuk………………..

Tak guna membohongi diri sendiri. I tahu you sayangkan I tapi itu tidak cukup. Ada orang sanggup menipu diri sendiri asalkan dapat bersama dengan orang yang dicintai tapi itu bukan I. Dan I tak mahu hidup I sengsara kerana ingin memiliki you. Biarlah I terluka sekarang. Masa akan mengubatinya.


MENDUGA-DUGA HATI YANG REMUK

Bukan hatinya tidak sakit. Teramat sakit! Bukan jiwanya tidak terhiris. Terlalu dalam luka itu! Ikutkan hati, mahu dia menjerit dan memarahi.

Bertenang dan fikirkan langkah penyelesaian yang sesuia. Setiap masalah ada jawapannya. Ada kalanya kita perlu meneroka dengan lebih terperinci.

Kewarasan akal menahan daripada bertindak melulu dan hipokrit. Biarlah hati menangis sekarang tapi tidak tersilap langkah dikemudia hari. Biarlah terluka sekiranya itu yang terbaik.


TIDAK MAHU KEHILANGAN CINTA ITU!

I think I love you more than yesterday. Mencintai seseorang bermakna setuju sampai tua bersamanya.
Cinta yang tidak cukup kuat menyebabkan kita tak mampu menentukan hati kita untuk siapa.


TIADA LAGI SEGUNUNG HARAPAN

Sesungguhnya, dia bukan gadis yang hancur bersama cinta yang berderai.


WAJAH ITU MEMENDAM SERIBU DUKA

Terasa seperti sudah tidak mampu meneruskan hidup. Dugaan demi dugaan, tidak tahu bagaimana untuk menempuhnya. Dia tahu, ujian itu daripada-NYA untuk menguji keimanannya.


MENGADU PADA YANG SUDI

Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan tangisan kedukaan.


KENANGAN ITU MAHU DIUSIR PERGI

Cinta yang berusia itu bukan sekelip mata mampu dihakis namun, dia tetap mahu mencuba. Dia yakin, walaupun masa yang diambil panjang, malah mungkin seumur hidupnya, dia tetap akan berusaha. Dia tidak mahu berterusan menyimpan nama lelaki itu dalam hatinya. Dia tidak mahu hidupnya menderita kerana cinta yang tidak kesampaian.

Dua insan yang ditakdirkan berkawan. Kita bermula sebagai kawan, kita berakhir sebagai kawan.


HATINYA TERBAKAR DAN TERUS TERBAKAR

Sekurang-kurangnya tunjukkanlah sedikit sengsara hati mu supaya aku tahu hati kau terluka! Tunjukkanlah sedikit kepedihan hatimu supaya aku tahu yang kau sebenarnya sedang berduka!


CUBA DIAMANKAN JIWA YANG GELISAH

Setiap manusia memerlukan cinta tetapi bukannya terdesak sehingga tidak boleh hidup tanpanya dan apa yang paling penting, nikmati hidup ini seadanya!


BEBAN DI DADA INI SEMAKIN MEMBERAT

Yakinlah setiap masalah ada jawapannya. Berserahlah pada ALLAH. Minta petunjuk dan dipermudahkan. Ingatlah, setiap dugaan itu untuk menguji keimanan kita. Yang penting, jangan lupa yang kita hamba-NYA.


DENDAM DALAM HATI TERLERAI JUA

Belajar memaafkan ialah belajar melepaskan beban kisah silam. Hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.


WAJARKAH DIHULUR SEBUAH KEMAAFAN?

Ada kalanya, tak salah kalau kita menukar keputusan yang kita buat da nada kalanya peluang kedua itu wajar dipertimbangkan kalau dalam hati masih ada namanya.


KHABAR DUKA MERUNTUN HATI

Kebenaran akan terserlah dan masa akan membersihkan kenangan silam.


 BERHARAP KIAMBANG BERTAUT KEMBALI

Bercintalah, anggaplah anda tidak pernah terluka. Menyanyilah, anggaplah tidak ada orang mendengar. Menarilah, anggaplah tidak ada orang melihat. Nikmatilah hidup ini sepenuhnya. Anggaplah hari ini hari terakhir anda. Bercintalah!


EPISOD DUKA ITU SUDAH BERAKHIR

Bahagia akan datang apabila kita membuka pintu hati untuk menerimanya. Kita takkan bahagia kalau kita sentiasa merungut dengan masalah yang melanda kehidupan kita. Kita yang memilih untuk merasa bahagia. Melepaskan dendam lama banyak membantu kita menjalani kehidupan yang lebih tenang.

Cinta itu kesedaran. Kesedaran menerima kekurangan orang yang kita cintai. Kesedaran menerima tanggungjawab yang datang bersama hubungan yang terjalin. Kesedaran memberikan komitmen kepada perasaan cinta.


TINTA PENULIS

Apa yang di cari dalam kehidupan? Kebahagiaan dunia dan akhirat. Kebahagiaan di dunia ternyata boleh datang dalam banyak cara. Sesetengah orang berpendapat, bahagia hanya ada dalam cinta. Benarkah tanpa cinta seorang lelaki, wanita tidak mampu hidup bahagia? Benarkah cinta pertama yang selalunya dianggap paling istimewa adalah kunci kebahagiaan? Benarkah, kita mampu bahagia hanya dengan melihat kebahagiaan orang yang dicintai? Mengapa manusia bijak pandai selalunya tewas apabila berdepan dengan cinta? Benarkah cinta sangat penting dalam hidup?

Berbahagialah dengan setiap saat yang berlalu, nikmati hidup, anggaplah ia hari terakhir untuk kita.