Monday, June 24, 2013

ADAM DAN HAWA

Tulisan Aisya Sofea

Sinopsis

AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. 

Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu

Komen

Novel ini merupakan novel pertama yang aku baca dan bermula dari novel inilah aku mula meminati dunia novel. Dalam banyak-banyak novel yang aku baca, hero novel inilah yang paling kacak bagi aku.

Tentang novel ni, aku suka sangat dengan pasangan Adam dan Hawa. Walaupun Hawa degil tetapi Adam pula setia, memang kena sangatlah.





Novel ini juga telah diadaptasi menjadi drama Adam dan Hawa yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

Drama dia pun best tapi tak dapat tandingi novel, kalau tak percaya, korang layanlah. 

Aaron Aziz sbg Adam Mukhriz


Nadiya Nisaa sbg Ain Hawani

Bagi aku, pemilihan Aaron Aziz sebagai Adam sangat lah tidak kena, lansung tak sama dengan Adam yang diceritakan dalam novel.

No comments: