Tuesday, June 25, 2013

IZINKAN KU BAHAGIA


IZINKANKU BAHAGIA

Biarlah sepi ini menemani rindu yang berlalu.

Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.


Zafir Arsyad
·         Senior engineering
·         Tunang kepada Nadya
·         Anak murid cikgu Soraya
·         Keliru dengan perasaan sendiri
·         Tidak tetap pendirian

Nadya
·         Tunang kepada Zafir Arsyad
·         Anak murid cikgu Soraya
·         Jiwa kacau

Soraya Zainal Abidin
·         Bekas guru
·         Pengurus chalet
·         Bekas isteri kepada Razlan
·         Mempunyai seorang cahaya mata perempuan “Arisa”
·         Ibu tunggal
·         Tidak penuh dugaan

Armin
·         Sepupu Nadya
·         Anak Mak Su
·         Pernah mempunyai perasaan terhadap Nadya
·      Membawa diri ke Singapura selama 3 tahun selepas pinangannya di tolak oleh Nadya


BAHAGIA

Semua orang bercakap mengenainya. Pelik sekiranya ada sesiapa menyatakan yang dia tidak ingin merasa bahagia dalam hidupnya. Ini kerana pencarian kebahagiaan adalah proses yang dilalui oleh semua makhluk yang berperasaan. Namun, bagaimanakan cara terbaik untuk menilainya? Bagaimana menentukan yang kita bahagia atau tidak? Bahagia adalah suasana senang, aman damai serta gembira. Itu definisi bahagia di dalam kamus. Namun, apakah definisi bahagia buat makhluk bernama manusia? “Kebahagiaan ada pada cinta. Selama manusia mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri, bukan untuk bersama orang lain, maka selama itulah dia tidak akan berjumpa dengan kebahagiaan.” Itu pendapat Leo Tolstoy, ahli falsafah Rusia yang terkemuka. Benarkah begitu? Adakah tanpa cinta maka manusia tidak bahagia? Pencarian bahagia, di manakah kesudahannya?


RASA HATI SIAPALAH YANG TAHU
I still love you and I’m sure you feel the same. Masalahnya, cinta aje tidak cukup sebagai bekalan. Masalahnya, kita sudah dewasa. Kita bukan lagi remaja yang terperangkap dalam keasyikan cinta. Cinta hanya sebahagian daripada ramuan sebuah perkahwinan. Perkahwinan memerlukan persefahaman dan keserasian, bukan sekadar perasaan.


Tanpa perasaan, sebuah perkahwinan menjadi tawar, tapi tanpa komitmen ia pahit bak hempedu. Perkahwinan bergantung kepada kesanggupan menerima tanggungjawab masing-masing.

Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah adalah menerima hakikat akan kewujudan masalah itu.

Dengan berjauhan, mungkin dapat membantu kita membuat keputusan.

Demi kebahagiaan yang dicari. Terluka sekarang lebih elok daripada terluka dikemudiaan hari.


PERSOALAN

Sebagai tunang, bukankah antara dua insan yang berkasih, ada pertalian naluri lalu saling memahami? Tetapi mengapa terasa seperti ada dinding di antara mereka? Mengapa tidak mampu meneka apa yang ada sedang dia fikirkan? Tidak cukupkah tempoh masa perhubungan mereka untuk memahami dia? Ataupun sememangnya antara mereka tiada chemistry?

Antara kita, siapa yang bakal melupakan siapa? Adakah ini perpisahan yang bersifat sementara ataupun buat selama-lamanya?

Adakah kelak dia akan menanggung derita di atas tindakannya malam ini?


ANTARA KENANGAN DAN REALIT

Hatinya berat mahu mengakui yang dia adalah cinta pertamanya. Namun yang pasti, dia kekasih pertamanya. Hubungan cinta mereka yang bermula secara mengejut semasa masih dalam keadaan keliru mencari erti cinta. (Jangan sesekali membuat apa-apa keputusan selagi kita keliru kerana kesan pada masa akan datang memang menyakitkan, bukan sekadar menyakitkan kita tetapi juga orang lain).

Kita serasi sebagai kawan, mungkin kita ideal sebagai kekasih. (Serasi sebagai kawan tidak semestinya ideal sabagai kekasih. Berkawan dan berkasih adalah dua perkara yang berbeza, berbeza daripada semua segi).

Ketika perhubungan mereka bermula, dalam hatinya masih ada nama lain. Nama yang sudah lama bertakhta sebelum dia. Nama yang mahu dikikis namun gagal. Entah mengapa, tidak mampu untuk melupakan nama yang satu itu. Hati bergelora bila mengingati nama itu. Perasaan pernah huru-hara kerana nama itu. Nama yang mengenalkannya erti rindu, kasih dan cinta. Nama yang mengenalkannya kepada satu perasaan yang aneh.

Rindu….. rindu seorang lelaki kepada seorang perempuan. Rindu kerana dalam hatinya ada perasaan aneh yang mungkin boleh mendefinisikan sebagai cinta.

Hipokrik sekiranya dia menafikan yang ada kalanya dia berasa terbeban dengan ikatan yang mengikat mereka. Bukan tiada rasa bersalah namun, dia tidak mampu menolak perasaan itu. Biarpun perasaan itu hanya muncul sekali-sekala, ia tetap menyesakkan nafasnya. Setiap kali dia berasa terbeban, dia bagai mahu lari. Namun, tidak pernah berjaya memulakan langkah pertama.


WANITA

Bila di pujuk,

“Siapa suruh you pujuk I? Kalau I merajuk, tak payah pujuk. Nanti bagi I mengamuk. Biar I cool down sendiri.”

Bila tak di pujuk,

Kenapa tak pujuk I? You ni, teruklah tak gentleman langsung!

PERSOALAN

Mengapa perhubungan itu bermula? Apa yang mengikat kakinya? Rasa cinta ataupun tanggungjawab? Bagaimana pula dengan Soraya? Masihkah ada cinta yang berbekas untuk Soraya? Adakah kenangan bersama Soraya yang membuatkan dia berasa terbeban dengan hubungannya dengan Nadya?


TAUFAN KECIL BERPUSAR DI HATI

Makan adalah salah satu cara menikmati hidup selain bercinta.

Hubungan cinta yang tergantung tanpa menunjukkan kesediaan untuk memberi komitmen membuatkan kita tidak yakin dengan pasangan kita. Tetapi jika pasangan kita terlalu cepat bertindak untuk memberi komitmen juga buat kita tidak yakin, bimbang tersalah pilih.

Teori cinta

Selalu sangat berjumpa pun bosan juga. Lagipun, I tak nak naik ERL. Cukuplah naik Star LRT aje. Komuter? Tak lambat dan tak perlahan. Komuter selalu tak ikut jadual. Kadang-kadang rosak. Leceh!

Cinta di ibaratkan menaiki kereta api. Sekiranya kereta api bergerak terlalu lambat, maka kita akan berasa bosan dan masa terbuang begitu sahaja. Tetapi, jika kereta api bergerak terlalu laju, maka kita akan berasa cemas, bimbang kereta api tergelincir dari landasan sebelum sampai ke destinasinya.


GELORA JIWA MENYESAKKAN NAFAS

Leceh ataupun tidak, manusia yang tentukan. Bercinta sesama Melayu pun belum tentu mudah. Dah nama bercinta, mestilah banyak masalah!

Lelaki pun ada perasaan tau! Asyik nak jaga hati perempuan aje, mana boleh tahan!  Hati lelaki, siapa nak jaga? Lelaki pun manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Tahu marah, geram dan sedih. Kadang-kadang perempuan asyik mengungkit perasaannya tak dijaga, lelaki kurang beri perhatian, tidak pandai memujuk, lupa tarikh penting dan macam-macam lagi. Tapi, bukan ke perempuan pun adakalanya melakukan kesalahan yang sama? Kenapa lelaki tidak boleh komplen? Kenapa hanya perempuan sahaja yang boleh merungut?

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, perempuan ini ada banyak sepsis. Jadi, lain perempuan lain ragamnya. Malah, setiap perempuan juga sukar untuk difahami sebab selalu berubah. Selagi tak melampau, bersabar ajelah!

Memandangkan kami masing-masing dah banyak kali putus cinta, cara kami memandang cinta sudah bertukar. Dia terlalu berdikari dan tak banyak meminta. Bukan seperti perempuan lain yang banyak ragam. Dia seorang yang simple. Dia tidak mahu terikat. Baginya, memberi komitmen bukan bererti berkongsi segala-galanya dengan pasangan. Cukuplah kalau berlaku jujur dan saling menghormati. Paling penting, masing-masing tidak berasa dikongkong.

Dia percayakan aku. Kalaupun aku menipu, penipuan itu akan terbongkar juga. Jadi, biarkan aku pilih, nak berlaku jujur ataupun berfoya-foya.

Hubungan cinta seperti bermain layang-layang. Biarkan ia bebas di angkasa, sesekali tarik tetapi jangan sekat kebebasan layang-layang itu. Kalau layang-layang tetap setia, pasti akan kembali pada tuannya.

Sepasang kekasih, satu perkara, dua penilaian yang berbeza, sampai bila pun takkan bertemu titik keseimbangan.

Untuk dua orang hidup bersama-sama memang tidak mudah tetapi asalkan ada tolak ansur dan saling menghormati, tidaklah sesukar mana. Walaupun kita tidak memahami rentak pasangan kita sepenuhnya, selagi kita bersedia menerima kelemahannya, aku rasa tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.

Urusan cinta adalah antara dua hati. Orang luar tidak wajar masuk campur. Cukuplah sekadar memberi sedikit pandangan. Hendak terima atau tidak, terpulang.

Kereta macam perempaun. Kena cantik selalu tapi jangan over. Kata orang simple and elegant. Biar Nampak macho!


KE MANA HILANGNYA DAMAI DI HATI

Ya ALLAH, sampai bila derita ini harus kutanggung? Hati ini terus merintih. Tidak sanggup rasanya berterusan mengharung derita ini. Sungguh, tidak pernah terlintas di fikiran, yang perkara buruk ini akan berlaku. Tidak tahu bagaimana untuk terus bertahan dalam sebuah ikatan yang menyakitkan. Pelbagai rasa menghimpit jiwa. Hampa, kecewa, marah, geram, benci semuanya menyesakkan fikiran. Kalau ada kasih yang bersisa, tetap tidak cukup untuk membuat dirinya terus bertahan dalam sesebuah rumah tangga yang berantakan.


HITAM DAN PUTIH KEHIDUPAN

Entah mengapa, hari ini, terlalu banyak kenangan silam yang berulang tayang. Hidupnya sudah banyak berubah. Tidak seperti dulu. Namun, tidak pula dia menyesal. Mungkin, inilah ketentuan buatnya. Hakikatnya, dia tidak lagi menyimpan impian. Dia hanya ingin meneruskan hidup seadanya demi anak tercinta.


HATINYA SEMAKIN TIDAK KERUAN

Bermacam rasa bergolak dalam jiwanya. Sebagai gadis matang, tidak sepatutnya dia membiarkan perkara yang remeh-temeh menyesakkan nafasnya. Tapi, soal cinta bukan perkara remeh! Bukankah cinta itu satu keperluan dalam hidup?


DEBARAN YANG BERGETAR DI DADA

Seorang guru sentiasa berharap yang terbaik untuk anak muridnya walau nama dan wajah-wajah itu telah luput dari ingatannya.

MENGUAP

Teori sains mengatakan menguap kerana terlalu banyak karbon dioksida dan tidak cukup oksigen dalam darah. Apabila mulut terbuka dengan luas, oksigen akan segera dibekalkan ke dalam paru-paru dan saluran darah. Tapi, teori ini tidak dapat dibuktikan. 55% orang menguap dalam tempoh 5 minit selepas melihat orang lain menguap. Kita menguap dalam tempoh purata 6 saat.

Mengikut hadis Bukhari, ALLAH SWT tidak suka orang menguap. Sebab menguap itu daripada syaitan. Jadi, apabila kita menguap, seeloknya tutup mulut bagi menghentikannya dan bagi mengelakkan syaitan daripada menerpa masuk.


BERLIKU LALUAN MENCABAR KESABARAN

Tidak cemburu, jauh sekali kecewa, namun hatinya terasa kehilangan. Dia bukan pilihan pertama tetapi pilihan terbaik buat saya.

Cinta tidak berbalas pahit rasanya tapi tidak sepahit apabila menyedari yang diri ini hanya sandaran bagi melupakan kekecewaan yang lalu.


KENANGAN PAHIT MERANTAI JIWA

Tanpa kepercayaan, bagaimana ingin hidup bersama?


HATI TERUSIK DIGAMIT MEMORI SILAM

Jangan terlalu sempit pemikiran dan jangan mudah menunding jari. Tanyalah diri sendiri, apa usaha demi memajukan diri?


BIBIR BERBICARA, MENGUNGKAP RAHSIA 
HATI

Kasih sayang yang ada takkan bertukar menjadi benci hanya kerana dikecewakan.

Kenapa hidup terlalu rumit? Tentu tidak seronok kalau hidup ini terlalu mudah. Tentu ramai yang alpa lalu terlupa untuk berdoa, memohon perlindungan-NYA. Tentu ramai yang terlupa untuk mensyukuri nikmat ALLAH SWT.

Kadangkala terlalu penat. Ada kerjaya yang baik, kewangan yang stabil dan boleh hidup dengan selesa walaupun tanpa lelaki. Tapi, mengapa masih tak tenang? Mengapa masih berkeras mahu mencari kebahagiaan dalam cinta yang adakalanya menyakitkan?


DUKA DALAM HATI MASIH BERBISA

Setiap yang bernyawa berhak memilih. Saya telah memilih, malangnya pilihan saya silap. Tetapi manusia belajar daripada kesilapan. Bercakap memang mudah. Perjalanan hidup saya penuh liku. Kadangkala saya keliru, perlukah diteruskan sedangkan saya tidak nampak cahaya? Yang ada hanya kelam.


DIBAWA HATI MENCARI DAMAI

Bertemu semula selepas tiga tahun, perasaan cinta saya pada awak rupa-rupanya sudah hilang tanpa saya sedari. Perasaan dalam hati memang aneh.

CAK LEMPONG DAN GAMELAN

Rupa alat muzik cak lempong dengan gamelan hampir sama tetapi sebenarnya gamelan dan cak lempong adalah muzik tradisional yang berbeza.

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan cak lempong digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Cak lempong mula berkembang dalam kalangan masyarakat melayu berketurunan minangkabau di Negeri Sembilan. Dalam permainan cak lempong lazimnya alat-alat seperti seruling buluh, salung, rebana dan gong disertakan bersama untuk mengiringi pencak silat, tari lilin, randai dan tarian inai serta lagu dan juga nyanyian. Instrument cak lempong berbeza dengan gamelan daripada segi saiz dan bunyi. Bunyi yang dihasilkan berbeza.

JANGAN ADA HATI YANG TERLUKA

Apabila terlalu rapat, hati lebih mudah terluka.


HATI DICENGKAM RINDU YANG SARAT

Dia gadis yang kental dan berani. Gadis moden yang mahu berdikari. Namun apabila berbicara soal cinta, dia tidak yakin mampu berdiri teguh. Dia bimbang akan rebah sekiranya berdepan dengan kegagalan. Walau sekental manapun dia, hakikatnya dia hanya gadis biasa yang takut menghadapi kegagalan dalam bercinta.

Kalau rindu menggunung, mengapa hati sanggup meninggalkannya.

Seberani mana pun, bila bercakap tentang perasaan, semua perempuan takut dilukakan. Ketakutan itu bukan sedikit tetapi ia bagai bayang-bayang. Keberanian itu datang bersama keyakinan dan apabila kita bertawakal. Carilah kebehagiaan itu dalam hati awak.

Saya ingin mencuba. Asalkan ada keinginan dalam hati, In Sha Allah pasti mampu melakukannya tetapi kebahagiaan sebelah pihak sahaja tidak cukup, kesepakatan harus ada. Ketakutan akan hilang apabila kita mula mengambil langkah pertama.

Walau sesiapa pun bersama saya, keduddukan awak dalam hati takkan tergugat. Benar, cinta itu sudah hilang tetapi kasih dan sayang saya pada awak tetap melaut.


ISI HATI SIAPALAH YANG MENGERTI

Sebenarnya langit berwarna hitam. Warna biru yang kita lihat pada waktu siang dan kuning pada waktu senja sebenarnya kesan serakan cahaya matahari oleh lapisan udara. Cahaya matahari menyerak lebih banyak cahaya biru pada waktu siang dan warna kuning pada waktu petang. Hanya pada waktu malam, warna sebenar langit iaitu hitam kelihatan kerana tiada sumber cahaya matahari untuk diserakkan.


ANTARA IMPIAN DAN HARAPAN MASA KINI

Ingin di usir pergi bayang wajah itu tetapi baying itu terus datang di layar pandangnya. Wajah yang memberinya rasa bersalah. Walau bagaimanupun hubungan itu perlu di selamatkan. Bagai mahu dilemparkan semua rasa yang membuat dirinya huru-hara dan tidak lena.


HAKIKAT YANG MENYAKITKAN 

Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan. Lebih tepat adalah cinta.


KEDINGINANNYA MENGGURIS HATI

Ada kalanya, manusia mahu lari daripada kebiasaan.

TIADA LAGI RAHSIA ANTARA KITA

Sekiranya cinta kita kuat, seminggu bukan masalah besar tetapi kalau cinta pertama you mendalam seminggu sudah cukup untuk………………..

Tak guna membohongi diri sendiri. I tahu you sayangkan I tapi itu tidak cukup. Ada orang sanggup menipu diri sendiri asalkan dapat bersama dengan orang yang dicintai tapi itu bukan I. Dan I tak mahu hidup I sengsara kerana ingin memiliki you. Biarlah I terluka sekarang. Masa akan mengubatinya.


MENDUGA-DUGA HATI YANG REMUK

Bukan hatinya tidak sakit. Teramat sakit! Bukan jiwanya tidak terhiris. Terlalu dalam luka itu! Ikutkan hati, mahu dia menjerit dan memarahi.

Bertenang dan fikirkan langkah penyelesaian yang sesuia. Setiap masalah ada jawapannya. Ada kalanya kita perlu meneroka dengan lebih terperinci.

Kewarasan akal menahan daripada bertindak melulu dan hipokrit. Biarlah hati menangis sekarang tapi tidak tersilap langkah dikemudia hari. Biarlah terluka sekiranya itu yang terbaik.


TIDAK MAHU KEHILANGAN CINTA ITU!

I think I love you more than yesterday. Mencintai seseorang bermakna setuju sampai tua bersamanya.
Cinta yang tidak cukup kuat menyebabkan kita tak mampu menentukan hati kita untuk siapa.


TIADA LAGI SEGUNUNG HARAPAN

Sesungguhnya, dia bukan gadis yang hancur bersama cinta yang berderai.


WAJAH ITU MEMENDAM SERIBU DUKA

Terasa seperti sudah tidak mampu meneruskan hidup. Dugaan demi dugaan, tidak tahu bagaimana untuk menempuhnya. Dia tahu, ujian itu daripada-NYA untuk menguji keimanannya.


MENGADU PADA YANG SUDI

Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan tangisan kedukaan.


KENANGAN ITU MAHU DIUSIR PERGI

Cinta yang berusia itu bukan sekelip mata mampu dihakis namun, dia tetap mahu mencuba. Dia yakin, walaupun masa yang diambil panjang, malah mungkin seumur hidupnya, dia tetap akan berusaha. Dia tidak mahu berterusan menyimpan nama lelaki itu dalam hatinya. Dia tidak mahu hidupnya menderita kerana cinta yang tidak kesampaian.

Dua insan yang ditakdirkan berkawan. Kita bermula sebagai kawan, kita berakhir sebagai kawan.


HATINYA TERBAKAR DAN TERUS TERBAKAR

Sekurang-kurangnya tunjukkanlah sedikit sengsara hati mu supaya aku tahu hati kau terluka! Tunjukkanlah sedikit kepedihan hatimu supaya aku tahu yang kau sebenarnya sedang berduka!


CUBA DIAMANKAN JIWA YANG GELISAH

Setiap manusia memerlukan cinta tetapi bukannya terdesak sehingga tidak boleh hidup tanpanya dan apa yang paling penting, nikmati hidup ini seadanya!


BEBAN DI DADA INI SEMAKIN MEMBERAT

Yakinlah setiap masalah ada jawapannya. Berserahlah pada ALLAH. Minta petunjuk dan dipermudahkan. Ingatlah, setiap dugaan itu untuk menguji keimanan kita. Yang penting, jangan lupa yang kita hamba-NYA.


DENDAM DALAM HATI TERLERAI JUA

Belajar memaafkan ialah belajar melepaskan beban kisah silam. Hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.


WAJARKAH DIHULUR SEBUAH KEMAAFAN?

Ada kalanya, tak salah kalau kita menukar keputusan yang kita buat da nada kalanya peluang kedua itu wajar dipertimbangkan kalau dalam hati masih ada namanya.


KHABAR DUKA MERUNTUN HATI

Kebenaran akan terserlah dan masa akan membersihkan kenangan silam.


 BERHARAP KIAMBANG BERTAUT KEMBALI

Bercintalah, anggaplah anda tidak pernah terluka. Menyanyilah, anggaplah tidak ada orang mendengar. Menarilah, anggaplah tidak ada orang melihat. Nikmatilah hidup ini sepenuhnya. Anggaplah hari ini hari terakhir anda. Bercintalah!


EPISOD DUKA ITU SUDAH BERAKHIR

Bahagia akan datang apabila kita membuka pintu hati untuk menerimanya. Kita takkan bahagia kalau kita sentiasa merungut dengan masalah yang melanda kehidupan kita. Kita yang memilih untuk merasa bahagia. Melepaskan dendam lama banyak membantu kita menjalani kehidupan yang lebih tenang.

Cinta itu kesedaran. Kesedaran menerima kekurangan orang yang kita cintai. Kesedaran menerima tanggungjawab yang datang bersama hubungan yang terjalin. Kesedaran memberikan komitmen kepada perasaan cinta.


TINTA PENULIS

Apa yang di cari dalam kehidupan? Kebahagiaan dunia dan akhirat. Kebahagiaan di dunia ternyata boleh datang dalam banyak cara. Sesetengah orang berpendapat, bahagia hanya ada dalam cinta. Benarkah tanpa cinta seorang lelaki, wanita tidak mampu hidup bahagia? Benarkah cinta pertama yang selalunya dianggap paling istimewa adalah kunci kebahagiaan? Benarkah, kita mampu bahagia hanya dengan melihat kebahagiaan orang yang dicintai? Mengapa manusia bijak pandai selalunya tewas apabila berdepan dengan cinta? Benarkah cinta sangat penting dalam hidup?

Berbahagialah dengan setiap saat yang berlalu, nikmati hidup, anggaplah ia hari terakhir untuk kita.

No comments: