Saturday, June 22, 2013

LECTURER DAN TUTOR SEM 2

Assalamualaikum dan salam sayang semua….
Dah lama rasanya aku tidak mengunjungi blog aku sendiri, apatah lagi untuk menjenguk blog orang lain. Ini semua kerana beberapa kekangan terutama kekangan Wifi dan masa.

Sekarang aku telah tamat sem 2 dan aku nak bercerita 
tentang pensyarah dan tutor aku untuk sem 2.


LECTURER



Prof. Dr Hew Cheng Sim
Jawatan: Pensyarah
Pengajian dan Kelayakan Akademik: Ph.D (Royal Melbourne), M.A (UM), B.S.C (Hons) (Portsmouth)
Bidang Penyelidikan: Gender, Antropologi dan Sosiologi

Dr. Hew merupakan pensyarah aku untuk subjuk SSF1083 - Gender, Ethnicity and Class. Dr. Hew ni sebenarnya tidak pandai sangat berbahasa Melayu, kalau dia cakap bahasa Melayu memang hancur. Untuk kelas beliau, beliau tidak akan menyediakan sebarang nota dan slide show. Jadi pepandai koranglah nak dapatkan nota dia macam mana, salin apa yang dia cakap kea pa ke kan. Satu lagi, masa kelas dia korang jangan pandang ke lain, fikiran jangan nak merewang ke lain dan mengantuk, semua benda beliau perasan. Nanti tak pasal-pasal korang kena tunjuk. Apa-apa pun kelas dia memang best.



Prof. Madya Dr Gusni b. Saat

Jawatan: Pensyarah Kanan
Pengajian dan Kelayakan Akademik: Ph.D (UKM), M.Phil (UKM), B.A (Hons) (UKM)
Bidang Penyelidikan: Urban Sociology and Community Studies

Dr. Gusni merupakan pensyarah untuk subjek SSF1044 - Introduction to Antropology and Sosiology yang merupakan subjek yang paling penting untuk sem 2, 4 kredit. Beliau merupakan pensyarah yang palin sempoi. Beliau mengajar dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Beliau tak pernah post nota dalam Morpheus, aku tak tahu lah kenapa. Nota beliau pun bukan dalam bentuk slide show tapi Microsoft Word jer, kalau nak nota, korang kenalah pergi kelas dia. Korang tidur dalam kelas pun beliau tak kisah. Apa yang paling penting,  beliau sangatlah tidak kedekut.



Prof. Madya Dr Mus Chairil Samani

Jawatan: Ketua Jabatan Komunikasi
Pengajian dan Kelayakan Akademik: Ph.D (Malaya), M.Sc (Iowa State), B.A.Hons. (Malaya)
Bidang Penyelidikan: Media Literacy and Visual Communication

Dr. Mus merupakan pensyarah aku untuk subjek SSF1063-Communication and Society. Beliau ni pun jenis yang tak kedekut untuk bagi markah. Beliau tak kisah kalau korang nak datang kelas ataupun tidak, kedatangan dia akan bagi untuk korang sign awal-awal, lepas tu lantak koranglah nak datang kelas ke tidak. Nota beliau akan post dalam Morpheus. Kalau dengan beliau, banyak kuiz online. Jadi, korang kena rajin cek kuiz dalam Morpheus. Cara dia mengajar pulak, mula-mula ok dan lepas tu aku rasa dia mengajar dengan emosi. Macam lepaskan kemarahan pada kitorang jer. Hehehehe… itu je lah yang dapat aku katakan.



Dr Goy Siew Ching

Jawatan: Pesyarah
Pengajian dan Kelayakan Akademik: MEcon (UM), B.A. (Hons) (UM)
Bidang Penyelidikan: Economics

Dr. Goy pula pensyarah untuk subjek SSF1093 - Statistics for Social Sciences, subjek yang paling susah untuk aku fahami. Beliau merupakan pensyarah yang paling baik sebenarnya, beliau sangat bimbang pelajarnya tidak lulus untuk subjeknya. Beliau mengajar sangat laju tapi tak ada masalah, korang boleh jer pergi jumpa dia dan mintak dia ajar secara bersendirian. Apa yang penting, kalau korang mengantuk masa kelas beliau, tolonglah pergi cuci muka di tandas, dia tidak akan marah dan dia akan marah sekiranya korang tidak pergi cuci muka dan mengantuk dalam kelas beliau.



Miss Kiky Kirina bt. Abdillah

Jawatan: Pesyarah
Pengajian dan Kelayakan Akademik: B. Soc. Sc. (UNIMAS)
Bidang Penyelidikan: Anthropology & Development

Miss merupakan pensyarah untuk subjek SSX0022 – Ethnic Relationship. Seorang yang cantik dan lemah-lembut. Jangan pandang gambar beliau yang kat atas sebab tu gambar lama. Subjek ni tak susah sangat, semua ada dalam buku, janji baca. Beliau tak garang dan tak pernah marah dan tak kedekut dalam pemberian markah.



Yuen Kok Leong

Jawatan : Pensyarah
Pengajian & Kelayakan Akademik : B.Sc. (UPM) & M.Soc.Sc. (UKM)
Bidang Penyelidikan : Anthropology & Sociology Consumer Science

Mr. Yuen pula ajar subjek TMX2012- IT Tools forKnowledge Workers. Beliau ni lah lecturer yang paling handsome untuk sem 2. Korang jangan pandang gambar beliau sebab itu gambar lama. Kelas beliau ok dan aku sebenarnya suka cara dia mengajar tapi itulah aku selalu mengantuk dalam kelas beliau dan aku tak tahu kenapa
Dia ni tegas dan garang jugaklah bagi aku, beliau tak suka student tak bagi perhatian time dia mengajar. Beliau sebenarnya tak suka mengajar dalam bahasa Inggeris tetapi disebabkan ada International Student, jadi terpaksalah dia guna Bahasa Inggeris itupun beliau mix dengan bahasa Melayu. Kalau beliau cakap bahasa Inggeris full, korang jangan bimbang sebab beliau akan translate kan untuk korang. Satu lagi, mulut beliau longkang sikit.



MADAM ERLINDA MIKAL

Jawatan: Pensyarah
Pengajian & Kelayakan Akademik: B.Ed TESL (Hons) UNIMAS

Madam merupakan pensyarah aku untuk Preparatory 
English 1. Seorang yang baik, cantik dan lemah-lembut 
orangnya. Kelas dia sangat best dan dia tidak kedekut dalam soal pemberian markah. Subjek ni tak susah dan sangat senang untuk di fahami.



Encik Nunong Tindin

Beliau bukan seorang pensyarah dan beliau sebenarnya 
bekerja di bahagian unit penginapan kolej kenanga. Beliau ajar aku untuk PPD1022 - Credited Cocurricular, G19 – Teras Keusahawanan - Pengurusan Restoran & Makanan. Beliau memang pro dalam teras ni sebab beliau memang study bahagian tersebut. Beliau sangat sporting dan senang sekiranya kita bagi kerjasama dengan baik dalam apa jua soal yang berkaitan dengan subteras.



TUTOR



Claudia ak. Jiton

Jawatan: Tutor
Pengajian & Kelayakan Akademik: B. Soc. Sc. (UNIMAS)
Bidang Penyelidikan: Industrial Relations and Human Resources

Miss claudia, tutor untuk subjek Gender, Ethnicity and 
Class. Untuk subjek ni Miss ajar dengan baik dan aku boleh faham apa yang Miss ajar dengan senang. Mungkin sebab subjek ni tak susah sangat dan dia cakap xadlah laju seperti sem 1 dan bilangan student tak ramai dalam satu kelas. Oleh itu, lebih senang untuk berkomunikasi dan berbincang mengenai sesuatu isu.




Puan Hafizan bt. Mohamad Naim

Jawatan: Pesyarah
Pengajian dan Kelayakan Akademik: BIAM (Hons) (UUM)
Bidang Penyelidikan: Political Science / Agricuture Development

Puan Hafizan merupakan tutor aku untuk subjek statistic, subjek killer. Hehehehe… beliau seorang yang sangat baik dan sangat lembut, apa yang dia ajar senang untuk difahami tapi aku yang STM sebenarnya.


Itu sahaja…… sekian, terima kasih.












No comments: