Monday, June 24, 2013

SESUCI CINTA

Tulisan Aina Emir

Wajahmu... mengapa ada di mana saja?

Sinopsis

Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. 

Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana. Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.

Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?

Komen aku

Bagi aku  novel ni ok, aku suka cerita ni tapi aku tak puas hati bila penulis menamatkan watak Behzad dengan kematian sebab kebanyakkan cerita, orang ketiga mesti mati. Kenapa mesti macam tu???? Satu lagi yang aku tak suka adalah anak kembar, kebanyakkan novel mesti anak kembar. Tak boleh ke kalau tak kembar ataupun kembar 3 ke 4 ke 5 ke kan, lain sikit. Ni tak, asyik kembar dua jer. Apa-apa pun aku suka watak Aina yang pandai bergaya. Satu lagi yang aku suka ialah, penggunaan bahasa asing... aku sebab ia boleh menambahkan ilmu pengetahuan aku, sekurang-kurangnya aku tahu lah kan serba sedikit. Last, Aina dan Armand sememangnya sweet couple.

Itu jer yang dapat aku katakan, kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang bacalah sendiri yer.

Bye-bye

No comments: