Monday, June 24, 2013

SETULUS JANJI

Tulisan Aina Emir

Sinopsis

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati merekaDalam diam, masing-masing menyimpan rasa. 

Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. 
Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.


Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

Komen

Pada pendapat aku, cerita ni meletihkan sebab banyak sangat konflik yang berulang... sampai naik jemu aku dengan watak Ilham dan Insyirah. Dalam novel ini pun sama dengan novel lain iaitu tak dapat lari dengan watak orang ketiga yang mesti diakhiri dengan kematian.

No comments: