Thursday, July 18, 2013

DOA SEBELUM TIDUR

Assalamualaikum, hari ini aku nak kongsikan doa sebelum tidur. 

Seperti yang korang semua tahu, membaca doa sebelum tidur ni banyak manfaatnya terutamanya sudah pastilah dapat mengelakkan atau menjauhkan diri kita daripada gangguan syaitan.




Terjemahan Bahasa Rumi:

Bismikallahumma ahya wa amuut

Dalam Islam ada mengatakan bahawa semasa kita tidur, roh kita akan berpisah dari badan. Jadi kita perlu berdoa sebagai persiapan untuk semua kemungkinan... kemungkinan roh yang terpisah daripada jasad semasa kita tidur, tidak akan kembali. Oleh itu, kita perlu persiapkan diri.


Untuk renungan bersama:

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang di tentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (Azzumar: 42)


Sunday, July 14, 2013

PERKAHWINAN NOOR FATTIHAH HANAFI

Kepada Fatihah dan suaminya, aku dan kawan-kawan yang lain mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga mahligai yang dibina kekal hingga jannah. Jadilah isteri dan ibu yang baik kepada bakal-bakal cahaya mata yang akan di lahirkan nanti. In Sha Allah, Amin….













PERKAHWINAN NOOR SHAHIRA HANIS NASARUDDIN

Assalamualaikum…..


Tahniah kepada Shahira Hanis Nasaruddin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya pada 22 jun 2013 di Kg Banggol Yek, Jedok.

Semoga perkahwinan ini terus kekal hingga Jannah, jadilah isteri yang baik, taat pada suami.


Moga perkahwinan dan kehidupan selepas kahwin lebih diredhai dan diberkati Allah s.w.t.















PERKAHWINAN NOR FAEZAH MAT ZIN

Assalamualaikum…..


Tahniah aku ucapkan kepada kawan baik aku Nor Faezah Mat Zin, kawan dari tingkatan 1 hingga sekarang yang telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Che Mohd Azmi Che abdul Rahman pada 31 mei 2013 di Kg Chedok, Bukit Bunga.

Zah, aku nak mintak maaf bebanyak kerana tak dapat menghadirkan diri di majlis perkahwinan sebab pada masa tu aku kat Sarawak dan tengah buat persiapan untuk menghadapi final exam.

Apa-apa pun aku doakan dari jauh semoga majlis perkahwinan kau berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Aku juga doakan semoga perkahwinan kau kekal hingga Jannah, jadilah isteri yang baik, taat pada suami. Cepat-cepat dapat anak yer Zah

Moga perkahwinan dan kehidupan selepas kahwin lebih diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

















PERKAHWINAN FAMEZA ZARITH CHE AZIZ

Assalamualaikum…..

Tahniah aku ucapkan kepada seorang kawan, Fameza Zarith Che Aziz yang telah melangsungkan perkahwinan beliau dengan jejaka idaman beliau iaitu Zaini pada 2 may 2013 di kediaman beliau.


Sebagai seorang kawan, aku doakan semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Aku juga turut mendoakan semoga perkahwinan yang dibina di berkati Allah s.w.t.



Apa-apa pun, cepat-cepatlah dapat anak yer…. Untuk Meiza, lepas kahwin jangan nakal-nakal, jadilah isteri yang Solehah.