Sunday, November 17, 2013

HARI LAHIR ERY (2013)

Assalamualikum semua........ hai hai hai, apa khabar?????? erm, setelah lama menghilangkan diri kerana beberapa masalah yang tidak tidak dan tidak dapat dielakkan dan hari ini aku kembali, iye kembali, kembali update tapi hanya untuk sementara waktu jer. Tak tahu lah lepas ni berapa lama lagi aku akan menghilangkan diri, itu semua bergantung kepada waktu dan keadaan.

Hari ini aku nak menulis tentang sambutan bestday seorang kawan. Kawan ke?????? Kawan lah tapi lebih kepada seorang adiklah. Sebab???? Sebabnya tak banyakpun.......................................... sebab yang first, dia muda pada aku, taraf adik-adik dan yang kedua dia panggil aku "Kak". "Kak" tu panggilan untuk aku dalam family. Untuk pengetahuan korang, kakak, abang, adik dan anak-anak sedara aku panggil aku "Kak". Hehehehe............. dia ni orangnya baik dan aku tengok dia macam anak mak jer........ Kalo nak tahu, tanyalah dia sendiri.

Sebenarnya, majlis ni boleh terjadi sebab satu hari tu dia approve aku di FB, aku biasalah........................... kawan baru di FB memang aku akan skodeng biodata "About". Sekali aku tengok tarikh lahirnya adalah 2 November dan pada masa tu aku sebut dengan kuat tarikh tu, Fatin yang tengah baring atas kerusi tetiba cakap, 3 hari lagi dan apakata kita sambut dan buat kejutan. Aku dengan sue ok jer, tak ada masalah lagipun kawan kan. Jadikitorang merancanglah.............. first suruh Fatin tanya budak-budak rumah diorang dulu samaada setuju ke tidak. Aku tak tahu lah Fatin tanya siapa lagi selain Kimi tapi apa yang aku tahu, cuma enam orang jer yang tahu tentang hal ni, Aku, Sue, Fatin, Kimi, Semmy dan Nuar.

Lepas tu, aku suruh Fatin pergi umah dorang dan tanya Ery nak makan apa. Jadi Fatin buat lah kan tapi Ery macam syak jer sebab Ery ada tanya, kenapa nak pergi masak rumah dorang pada hari Jumaat sebelah malam (1 November) dan nasib baiknya Fatin ada alasan yang kukuh. 2 November petang fatin nak balik kampung jadi tak sempatlah nak pergi masak dan kalau boleh sebelum balik kampung nak makan bersama-sama (kononnyalah tapi balik kampung tu betul, xtipu). Ery kata nak makan Tom Yam sebab dah lama x tak makan.

So, malam tu kitorang masaklah Tom Yam, sambal udang, ayam goreng dan telur dadar dan ulam-ulaman. Masa tengah masak tu, Semmy dan Nuar adalah usik-usik Ery sikitkan dan aku pulak buat-buat xfaham.Untuk pengetahuan korang, kitorang ada beli 10 biji telur sebab nak buat telur dadar tapi pada masa yang sama kitorang tengok lauk macam dah banyak jer so kitorang buat keputusan tak mahu buat telur dadar. Tapi Ery ni dah merayu-rayu dan siap menyanyi lagi suruh aku goreng semua telur yang ada sebab bebudak ni dok usik dia. Mula-mula aku tak nak goreng sebab lauk dah banyak tapi di sebabkan kesian.................. Lastnya aku suruh Sue goreng telur tapi Sue tak goreng semu, Sue cuma goreng tiga biji daripada 10 biji.

Masa makan tu dalam pukul 9 lebih, Ery asyik cakap nak pergi discussion lah, nak pergi buat assignment lah, dah janji ngan kawanlah dan macam-macam alasan dia bagi sebab nak melarikan diri. Masa makan tu jugaklah, Uchoo ni tercakap "Esok bestday Ery". Huhuhuhuhuhuhuhu....................................... Reaksi aku?????????????? aku buat tak tahu jer. Fatin??????????????????? itu aku tak pasti. Sue??????????????????? Sue pandang Uchoo macam nak makan Uchoo jer masa tu aku tengok. Rileks-rileks, tak boleh salahkan Uchoo sebab pada masa tu Uchoo dan yang lain xtahu kecuali aku berenam je.

Dah dekat kul 11 malam, Sue ajak kitorang balik dulu sebab kek ada kat umah dan tak nak Ery nampak sangatlah rancangan kitorang ni. So, kitorangpun baliklah............................................................................................

Masa nak balik tu, Ery ada cakap suruh kitorang bawa balik telur dan  dari air muka dia, dia cam rasa selamat jer sebab kitorang dah nak balik kan tapi selamat dalam berjaga-jaga. Kitorangpun baliklah.

Penat sebenarnya, mana taknya............... pagi ada kelas. Petang kuar gi beli barang nak masak sambil kejar masa sebab ada yang nak guna kereta. lepas balik jer, kemas umah dan siapkan bahan-bahan nak masak. Siap masak terus makan, bersihkan pinggan mangkuk periuk belanga. Walaupun penat, kitorang tetap gagahkan diri jugaklah demi nak menjayakan majlis ni.

Balik jer dari umah dorang, kitorang rehat jap, lepas tu mandi dan masak lagi. Masak apa??????? Goreng Bihun jer sebenarnya dan goreng keropok. Kiorang pergi umah dorang lewat sikit, dalam pukul 12 lebih. Bukan apa pergi lambat tu, saja jer nak mengurangkan syak. Yelahkan sebab tadi Ery dah syak sebenarnya.

Masa kitorang sampai tu, Ery dah dok dalam bilik dan nak tidur dah. Dia tak perasan kitorang sampai. Bila dah siap setting kekSemmy tutup lampu dan aku bagi kek kat Uchoo. So, kitorang jalanlah beramai-ramai bawa kek dalam gelap dan sampai jer dalam bilik terus nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu" dan tetiba...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................hehehehehehehe................ tetiba Ery menjerit "aku tak pakai baju", punyalah aku gelak. Raqim pulak kuar bilik dalam gelap tanpa kai baju dan tak perasan yang kitorang ada. Heheheheheterkejut Raqim bila ternampak kitorang dan cepat-cepatlah dia pergi kai baju.

Bila dah siap nyanyi, apa lagi……………. Dorang suruh kuar dari rumah, nak potong kek kat luar umah. Masa kat luar rumah tu, sekali lagi nyanyi dan lepas nyanyi tu.............. habis dan memang habis lah. Nak tahu apa yang habis?????????????????????????????? Ery lah yang habis di kerjakan kawan-kawan dia dengan telur dan tepung. Aku, fatin dan Sue cuma jadi pemerhati jer dan sebenarnya kitorang tak rancang pun benda cam tu. Budak-budak umah dia lah yang rancang.

Sekarang jom kita layan gambar yang sempat di rakamkan untuk dijadikan kenangan bersama-sama.

































Sebelum cerita ini ternokhtah, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah merancang dan menjayakan majlis kecil ini. Terima Kasih kepada Fatin, Sue, Kimi, Semmy, Nuar, Raqim, Epul, Uchoo, Abe Mad dan kepada tuan punya badan jugak iaitu Ery.

Untuk Ery:
Ery jangan marah tau dengan majlis yang kitorang dah buat ni. Yang pasal lempar telur dan tepung tu bukan rancangan kak, Sue dan Fatin. Kitorang cuma rancang nak buat majlis kejutan jer dan tak adalah sampai lempar benda tu semua kan. Harap Ery tak simpan benda ni dalam hatilah sebab niat semua nak happy jer, nak meriahkan suasana dan tak lebih daripada itu. Walau bagaimanapun, maaf di pinta sekiranya ada terasa, tersalah, terkecil hati, termarah dan segala terrrrrr yang ada.


Ok, dah habis. Bye-bye…………………………………………………………………………………………... Assalamualaikum.

No comments: