Sunday, December 22, 2013

MENJAGA HATI

Assalamualaikum...... Hari ini merupakan minggu kedua kedukaan di hati, aku ingat kedukaan ini akan cepat sembuh tapi semakin menyakitkan.




“Hati”, sesiapa pun akan akan mengeluh dan termenung panjang apabila perkataan ini di sebut, begitu juga dengan diri aku sendiri. Bagi aku perkara yang paling susah untuk di jaga adalah hati, tidak kira samaada hati sendiri atau pun hati orang lain di sekeliling aku. Sesuatu perkara akan menjadi susah apabila melibatkan hati dan perasaan. Setuju tak??????

Kadang-kadang aku terlalu leka dengan sikap aku sendiri tanpa menyedari orang-orang yang aku sayang di sekeliling aku terluka dengan apa yang aku lakukan tetapi percayalah yang aku tidak pernah berkmaksud untuk melakukan sedemikian. Mungkin aku menganggap orang-orang disekeliling aku terlalu memahami aku sehingga aku tidak menjaga tingkah laku aku dan menyebabkan mereka terluka. Di sini, apa yang boleh aku katakan adalah jangan sesekali menganggap hati orang lain sama dengan hati kita. Satu lagi, jangan terlalu mengharap orang-orang atau kawan-kawan kita untuk memahami dan menjaga hati kita. Jadi, berhati-hati lah dengan apa yang kita akan lakukan tak kira dari segi apa sekalipun.

“Betullah kata orang, menjaga hati orang lain lebih susah berbanding menjaga hati sendiri. Ada pulak sesetengah orang sanggup menjaga hati orang lain berbanding menjaga hatinya sendiri sampaikan hari-hari dia makan hati sorang-sorang” (http://miszqaisyiah.blogspot.com/).

Iye, aku lah tu. Aku lebih rela menjaga hati orang-orang yang aku sayang walaupun aku sendiri rasa sakit, pedih dan terseksa yang tak dapat aku gambarkan untuk korang, hanya orang-orang yang pernah mengalami perkara ini sahaja yang dapat rasakan bagaimana deritanya menanggung beban ini. Semua rasa tu aku tak kisah asalkan orang-orang di sekeliling aku rasa gembira dan bahagia. Tapi tak dapat dinafikan juga, orang-orang yang aku sayang juga turut berusaha untuk menjaga hati aku sebenarnya tapi entahlah, aku sendiri tak mengerti kalau dah melibatkan hati dan perasaan ni.


“…………………. kalau dah namanya yang melibatkan perasaan ni, memang complicated la sikit mengalahkan soalan dalam financial management…………………..” (http://miszqaisyiah.blogspot.com/).


No comments: