TENTANG AKU

Assalamualaikum semua....

Nama panjang aku, Nurul Hidayat dan nama pendek aku Eyda. Apabila di cantumkan, maka jadilah Eyda Hidayat. Aku di lahirkan pada 16 Jun 1990 di negeri Kelantan, membesar di Kelantan dan dengan itu aku disahkan menjadi rakyat kelantan.

Aku ada seorang ayah yang aku panggil "Abah", seorang emak yang aku panggil "Mek" dan aku ada tujuh orang adik-beradik yang terdiri daripada tiga kakak iaitu Kak Long, Kak Ngah dan Kak Chik, seorang abang dan dua orang adik (Lelaki & Perempuan).

Sekarang aku sedang berusaha untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Fakulti Sains Sosial (FSS) dalam jurusan Industrial Relations and Labour Study (IRLS).

Perwatakan aku, aku seorang yang banyak cakap sekiranya aku dah mengenali seseorang itu, bagi yang tidak mengenali aku, pastinya mereka mengatakan aku sombong. Walaupun aku banyak cakap tetapi aku sebenarnya seorang yang panas baran. 

Walaupun aku ni jenis yang cepat panas tapi tidak lah aku marah sebarangan. Untuk pengetahuan korang, aku ni susah nak sentap tapi bila aku dah sentap, makan masa lah jawabnya untuk sembuh, maklumlah hati ni ada satu jer. Huhuhuhuhu... Kalau aku marah pula, marah aku tak lama, palaing lama pun satu hari jer, lepas aku tido dah ok lah tu cuma yang sakit hati tu jelah yang susah sikit nak sembuh.

Lagi, aku ni sebenarnya seorang yang penyayang (Huhuhuhuhu........ korang yang kenal aku, percaya tak yang aku ni penyayang?????) Walaupun ramai yang kata aku garang. 

Tentang hobi pula, aku suka memasak dan aku seorang yang suka membaca novel terutama novel thriller. Dulu aku meminati novel cinta tapi semua tu membosankan aku dan kini aku peminat setia kepada RAMLEE AWANG MURSHID yang merupakan novelis thriller no 1 Malaysia. Aku bukan sahaja ingin membaca novel karyanya tetapi aku ingin memiliki semua karya-karyanya. Selain itu, aku juga suka melayan komik gempak starz iaitu komik tulisan Zint.

No comments: